Tuesday, November 1, 2016

Cerita dan penceritaan

Kita suka bercerita pasal orang.
Kita suka bercerita pasal cerita orang.
Kita suka bercerita pasal cerita yang orang ceritakan.

Kita itu manusia. Aku manusia. Kau pung manusia.
Masing-masing ada topeng.
Masing-masing ada peranan dan fungsi.
Kau gelap. Aku cerah.
Kau tinggi. Aku rendah.

Tentang fizikal manusia kau ceritakan.

Kau baik. Aku jahat.
Kau pandai. Aku bodoh.

Tentang perangai manusia kau ceritakan

Kau tahu tak? Sekarang ini,
Gelap boleh jadi cerah.
Rendah boleh jadi tinggi.
Ubat. Makanan tambahan. Melambak lah.

Kau tahu tak? Sekarang ini,
Jahat boleh jadi baik.
Bodoh boleh jadi pandai.
Akal. Hati. Perasaan. Bila-bila masa je.

Kita sibuk bercerita pasal orang lain.
Kita sibuk bercerita pasal cerita orang lain.
“Eh betul ke?”
“Sahih ke tak?”
“Hukuman fitnah tu lebih teruk dari membunuh”


Kau tahu. Aku tahu.

I wish

Bunyi air terjun tu menenangkan.
Batu-batuan yang basah.
Pokok-pokok yang melambai.
Sejuk.
Tapi sejuk yang menenangkan.
Sekali sekala terasa percikan air terjun ke muka.
Beberapa ketika, aku menjerit semahu-mahunya.
Harimau pung terkejut.
Apa lagi binatang-binatang kecil.

“Dah lega?”
Aku mengelengkan kepala.
“Lepaskan je”
Aku mengangguk faham.

Aku menjerit.
Tapi tak ada suara yang keluar.
“Cuba lagi”
Aku mencuba.
Cuba.
Cuba.
Cuba.
Puas aku mencuba.
Tetap tak keluar.

“Lepaskan aku kata!!”
Aku menangis.
Menangis.
Dan menangis.
“Dah lega?”
Aku diam.
Aku kesat air mata aku.
Diam.
Tarik nafas sedalam-dalamnya.
Senyum.
Aku mengangguk.

Terimakasih Tuhan. Kau beri aku rezeki yang tak putus. Kau beri aku hati yang sentiasa sabar. Kau beri aku kasih sayang yang tak pernah pudar. Kau beri aku nikmat yang tak pernah kau persoalkan. Kau beri aku jiwa yang sentiasa ada. Kau beri aku semangat yang tak pernah hilang. Kau beri aku kesabaran untuk aku hadap semua maknusia dekat dunia ini. Kau buang kebencian aku pada maknusia lain.


Hidup memang kena give and take. Tapi jangan harap orang untuk memberi. Jangan sekali kali berharap. Bila kita memberi, berilah dengan ikhlas. Jiwa yang ikhlas. Hati yang ikhlas. Biar kita memberi. Jangan sekali-kali mengharap balasan. Tak salah berharap. Tapi bila kita berharap dan harapan itu tiada. Hati jadi tak ikhlas. Kebencian datang. “Elok-elok dapat pahala..”. Sebab tu orang cakap “Jangan samakan level orang tak bertamadun tu macam diri kau sendiri”.



Kan aku dah cakap jangan berharap.

Tuesday, October 18, 2016

lost

Bukak documents dalam words.
Otak melayang ke lain.
Tenung je first page tu. Ayat panjang aku nk baca.
Otak ke lain..
Sekurang-kurangnya bos aku kat belakang ni nampak aku baca something.
Selepas tersedar dari lamunan.
Baru perasan.
Deutcsh.


Sabar jelah.
You are stronger beb. Kau dah penah bangun. Kali ni pung kau boleh bangun.
You are strong.
You are strong.

Kau nak masuk dalam bilik kosong tu.
Gelap.
Kecil.
Tiada manusia.
Sunyi.

Kaki kanan melangkah.
Suram.
Kau langkah kaki kanan kau ke belakang balik.
Kau tahu kau tak boleh.
Kau tak sanggup.
Kau tak kuat.

Tolong tarik aku jauh dari bilik kosong tu.
Gelap.
Kecil.
Tiada manusia.
Sunyi.
Suram.

Tuesday, September 27, 2016

Perubahan

Aku rasa dah lama aku tak menaip dekat sini sejak aku kena tukar department.
Nak tengok Beautifulnara pung tak sempat.
Runningman apatah lagi.

Nampak sangat lah kerja sebelum ni memang KAU RELAKS je kan.

Ada Pros and Cons.
Tapi kalau mood aku baik, aku amek as postitive,
Kalau tiba-tiba hormon tak stabil, aku jadi negative,
Biasalah maknusia mana yang sempurna,
Cehhhhhh..

Sebenarnya tak ada benda pung aku nak cite, tp td aku baca post lama, aku rasa macam RINDU...
Rindu sangat nak menaip.

Macam harini, aku rasa macam MONDAY BLUES.
Sebab harini baru masuk ofis.
So aku malas nak buat kerja.
Padahal Kerja menimbun banyak.
Lepas tu, kau asyik Rindu orang yang dekat je.

Aku rindu kehidupan lamaku.

"Dulu masa tak banyak kerja bising. Dah banyak kerja pung bising gak"
-Maknusia tak sempurna

ALASAN~

Happy

Kadang-kadang kita lupa nak Gembira.
Kadang-kadang kita lupa cara nak Gembira.

Ada sesuatu yang buat dia lupa.
Gembira untuk setiap orang maksud dia besar.

Kau dah jumpa Gembira kau balik.
Kau rasa itu yang buat kau GEMBIRA.
*Senyum
*Senyum
*Patah balik.

Bukan Gembira itu yang kau cari.
Aku harap kau jumpa balik Gembira kau tu.
*Senyum



Wednesday, August 24, 2016

BEST THING

Benda paling BEST bila hujung bulan adalah bila terjumpa duit.
Masa itu baru tahu Hikmah Dhuha, Al Waqiah, Ar Rahman

Tak pernah rasa susah bila tak ada duit.
Tak pernah putus rezeki datang.
Ini serius!

Geram

Perlu ke letak gambar orang lain?

Malas den nak pikior.

Monday, August 8, 2016

Time

Kesian blog ni, nampak sangat bila aku stress baru aku cari die.
Lagi stress bila aku taip pakai iPad pastu dia asek kuar auto correct
Aku stress
Poyo je nak stress bagai, macam masalah besar sangat je

Sekarang kurang nya aku lega lah sikit bila aku cerita kat kau ye
Sekarang kurang nya aku tahu kau memang tak boleh respon pung, Aku tak harap kau respon.
Sekarang kurang nya aku tahu aku tak bercakap dengan orang.
So kau terima jelah apa yang aku nak luahkan. Ok.

Pagi ni, aku pergi opis, macam macam benda jadi.
Tapi aku tak tahu kenApa aku tak rasa pape.
Tak rasa sedih.
Tak rasa penat.
Aku seronok, macam beban tu dah pergi.

Aku tengah merangkak, dan daripada situ aku belajar untuk berjalan.
Dan pada waktu tu aku perlukan orang untuk pimpin aku.
Dan bila aku jatuh. Dia akan sambut aku.
Yang boleh pinjamkan bahu bila aku menangis.
Setiap saat aku jatuh dan menangis.
Dia tak berhenti untuk cakap benda yang sama.
Setiap saat. Setiap minit. Setiap jam. Setiap waktu.
Dia ada dekat situ.
Setiap kali mata aku mula nak berkaca, dia seka air mata tu dari jatuh.
Dia tenangkan hati aku.

Aku tak Mintak dia ada dengan aku selalu, tapi aku harap dia ada waktu aku perlukan dia.
Waktu aku jatuh.
Waktu aku lemah.
Waktu aku tarik nafas yang panjang, kawan.
Waktu aku kata aku tak perlukan kau.
Waktu aku kata aku lapar, dia belikan aku makanan yang aku nak.
:)





Lari

Kalau boleh aku nak lari.
Kalau boleh.

Tapi sejauh mana aku boleh LARI.
Sebab aku tak tahu sejauh mana kemampuan aku.
Keberanian aku.
Keyakinan aku.

Sekarang aku tengah LOST.
Macam-macam otak aku fikir.
Otak aku suruh LARI. BERHENTI. DIAM.
Itu bukan OTAK.
Tapi HATI.PERASAAN.

Hati kau dah penat nak suruh jaga.
Tolong jaga HATI sendiri.
Kalau rasa tak boleh.
LEPASKAN.

Tengok, kau taip benda ini pung. Kau tak lepaskan. Sebab kau pung nak jaga hati orang.
Tapi HATI kau sendiri kau biar menjerit, menangis.

Orang kata soal hati jangan main-main.
Kau sendiri tak tahu apa hati kau nak.
Lepas itu, kau sibuk nak tanya hati orang lain.

"Kau tak bersedia lagi tu"



Sunday, August 7, 2016

Kl sentral 11:00

Pandangan aku kosong lagi
Masalah aku adalah aku tak boleh keseorangan.

Kalau kau nampak budak pakai tudung kuning.
Duduk tepi tiang
Duduk melunjur kaki
Kasut tinggi die letak kt tepi
Dia tengah berkaki ayam sekarang ni
Duduk tak sopan
Depan orang lalu lalang
Beg bersilang
Minum air chatime mango smotea
Pandangan die kosong
Budak tu tgh mengalami tekanan perasaan

Jangan tegur die
Jangan pandang die
Mungkin tu treatment untuk tekanan perasaan die.

Let her be like that.
She dont need anyone

Tuesday, August 2, 2016

Penat

Aku tak pernah rasa stress macam ni
Yang mana bila aku termenung, air mata aku sibuk nak mengalir.
Bila aku pandang sesuatu, aku pandang dengan pandangan kosong.
Bila aku fikir sesuatu, aku rasa otak aku dah tepu.
Aku rasa macam tak boleh nak hadap semua benda.
Sampai macam2 sakit tiba2 datang, macam nak tambah lagi kesakitan kau.

Aku tak tahu lah aku ni kuat ke tak.

Friday, July 29, 2016

berat

Aku ni lemah sangat kan.
Lepas tu at last aku yang terseksa.
Menangis sorang-sorang.
Nak bagitahu orang lain pung,
Aku tahu masalah ni datang daripada aku sendiri.
Sape suruh aku ni Lemah sangat, Baik hati sangat

Thursday, July 28, 2016

This morning

*berdenyut
Tiba tiba rasa ringan. Tapi masih terngiang2.
Macam puting beliung dia terus ke dalam.
Semua ditepi dia tolak. Tak peduli.
Sampai di akar.
Berhenti.
Di situ kosong. Tak ada benda nak fikir.
Ringan.
Benda yang diketepikan tu masih memanggil2. Tak peduli.
Sebab dia tahu ringan tu sekejap je.


Ringan.


Sekejap je rasa ringan tu.


Tuesday, July 12, 2016

True love

Saya ada seorang kawan.
Baik. Cantik. Pemurah. Penyayang. Suker tolong orang. Pandai jaga hati orang.
Tapi suatu hari,
Dia dah penat jaga hati orang.
Dia dah penat tolong orang.
Dia jadi pemarah.
Tapi dia tetap baik.
Dia tetap Cantik.
Dia tetap pemurah.
Dia tetap seorang yang Penyayang.
Dia masih tolong orang.
Dia masih cuba nak jaga hati orang.

Awak, saya tak tahu kenapa harini saya tiba-tiba teringat pasal awk. Mungkin sebab tiba-tiba memori lama tu macam jenguk saya disebalik tingkap (Takut tak??) Or mungkin sebab saya rindu dekat awak.

Perangai saya berubah. Perangai awak berubah. Tapi awak tetap orang yang sama. Awak tetap awak yang saya KENAL. Hubungan kita tetap macam kali pertama kita bertamu mata (hahaha)

Saya tahu dah banyak ujian yang awak dapat. Awak bukan sengaja nak berubah. Tapi sebab benda-benda yang tak patut, buat awak berubah. Saya tak tahu awak sedar atau tak. Saya Cuma harap suatu hari nanti, awak akan nampak jalan untuk masalah-masalah awak. Saya tahu saya tak boleh nak tolong sangat. Walaupung saya ni kawan awak. Patutnya saya boleh tolong awak. SEBAB bila saya ada masalah, saya selalu CARI awak. Dan masa itu awak macam DORAEMON cuba keluarkan alatan-alatan awak untuk tolong saya. Lepas dapat semua benda itu, saya akan lupakan DORAEMON. Perangai NOBITA saya keluar.

Saya minta maaf kalau saya tak ada di sisi awak when u really need someone. I know u always keep your feeling inside. Dalam dalam. Supaya tak ada orang yang dapat KOREK, BACA, GALI termasuk saya. YES.  Awak Berjaya!! Tapi saya nak bagitahu. Jangan simpan TERLALU DALAM. Nanti awak SAKIT. Sakit ini tak boleh tanggung sorang-sorang. Sebab nanti lagi bertambah SAKIT.

Saya rindu awak!! Bila kita nak jumpa ni?? Tak akan nak tunggu Tahun 2020 kot. Sibuk memanjang mengalahkan menteri.




Hijau jalur putih

Dulu masa aku belajar dekat Kampar,
Aku ada satu buku kecil. Tak kecil mana. Tak besar mana.
Cukup muat untuk aku letak dalam bag tepi aku.
Aku balik rumah.
Aku pergi kelas.
Aku bawak buku tu bersama.
Masa itu aku berjalan seorang.
Balik rumah seorang.
Aku suka coretkan dalam buku tu.
Tak banyak yang aku coretkan.
Cuma benda-benda yang aku suker merepek dekat blog dulu.
Aku tulis dalam buku itu.
Aku suker perhatikan maknusia –maknusia yang aku jumpa dan nampak.
Sebab masa itu. Aku banyak keseorangan.
Seronok.
Sekarang ini, aku rindu waktu itu.

Lepas aku tak keseorangan. Aku lempar buku tu dekat tempat lain.

I

Mata tertumpu pada tv.
Tangan pulak sibuk mengibas-gibas kain batik sambil duduk bersila.
“Aduh!!” , *Sambil menepuk peha yang tiba-tiba terasa macam di gigit semut.
Mata terus mencari gerangan si semut tetapi ternampak si labah-labah terkedek-kedek jalan.
“Macam mana kalau aku kena gigit labah-labah??..Spiderwoman??? Huh..merepek lah” kata-kata tu bermain dalam fikiran

Esok pagi.
Capai towel.
Pergi toilet.
Tengok diri dalam cermin.
Jelas. Terang. Nyata.
Pegang muka. Tak ada spek.
Buka mata guna jari. Takut-takut ada contact lenses lagi.
Ilek..
“Labah-labah!!!” *Terus terkaku.
“Kalau macam tu mesti aku ada kuasa labah-labah” *Try buat gaya tangan spiderman
“Tak ada pung saranghae”, *hampa.
Mandi macam biasa. Tapi otak ligat memikior nape mata aku TAK rabun.
Fikir. Gosok Gigi. Fikir. Cuci Muke. Fikir. Mandi. Fikir. Mandi. Fikir. Lap badan. Fikir. Keluar toilet.
Hati gembira bila tengok sekeliling.
Jelas. Terang. Nyata.
*Senyum
*Senyum
*Senyum

“Kak min!!! Kau kenapa sengih-sengih? Cepat bangun!! Harini kerja.” * Tersentak
*Buka mata.
*Hampa

*Sedih.
* Jika aku seekor kura-kura.

Friday, July 8, 2016

Hati

Aku tak tahu apa kena dengan aku harini.
Fikir banyak sangat.
Pastu nages banyak sangat.

Hormon tak stabil lah ni.

Tak best

Sekarang ini aku stuck dekat rumah nenek aku.
Bosan.
Tade buat ape.
Tamu pung tade.
Then aku start overthink.
Paranoid aku dtg balik.
Perasaan paranoid ni sungguh tak best.
Aku tak sure lah paranoid ni perasaan ke hape tapi benda ni langsung TAK BEST.
Sebab bila aku terfikir something nnt air mata aku bercucuran.
Not best at all.

Sume sebab aku suker overthink sgt.
Family. Relationship. Work. Life


Bila dah hujung2 ni perasaan takut tu mcm teruk sgt.
Rindu AyahIbu.

Thursday, June 30, 2016

18:06

Aku stuck dekat opis ni.
Silap aku lah, pergi start borak dengan orang sebelah aku ni.
Pastu die dah start bercerita ape benda ntah pasal bos tu, bos ni, org tu org ni.
Tapi sebenarnya butir-butir tu tak jelas pung.
Sekarang ni aku dok menaip, die dok becerita.
Aku dok "Yelah" "Aah" "Oh..."
Tapi aku tak dgr pung apa die cakap.
Sebab dia cakap macam dalam kelambu.
Cepat lah...cepatlah....

Word for today

Alhamdulillah,
Semalam aku dapat berita baik.
Dan hari sebelum itu, aku dapat berita yang aku tak boleh kategorikan baik or buruk.

Aku percaya, berkat aku buat Solat Duha dan bersedekah, Allah bagi aku rezeki ni.
Bila kite kejar Akhirat, insyaAllah dunia akan kejar kita kan.
So skrg aku tengah struggle lagi untuk buat benda lain.
Untuk bulan puasa ni, aku masih struggle nak solat terawikh, walaupung so far tak pernah tinggal lagi.
Tapi, biasa lah bila aku start balik malam, aku jadi MALAS.
Tapi orang kata, bila once kite dah selalu buat. Kita akan rasa RALAT bila kite tak buat.
So, aku masih struggle untuk beberapa hari lagi.

Macam Solat Duha dulu, aku rajin buat masa start aku berhenti kerja Panasonic,
Sebelum tu, aku just buat kdg2. Adalah dalam sekali seminggu.
Tapi lepas aku berhenti kerja dekat Panasonic, dan menganggur, aku start rajin-rajin kan.
End up, Allah bagi aku rezeki macam-macam.
Sampai sekarang tak pernah putus rezeki tu datang.
Cuma still struggle gak nak buat.
Nak kejar masa bila pagi tengah sibuk. Kdg2 terlupa gak.

Sebenarnya bulan puasa ini, aku target nak buat Solat malam, tapi tak pernah kesampaian.
Mana tak nya kalau selalu tido lambat.
Bangun pung lambat,
Masih struggle lagi.

Dalam hidup ni , hari-hari kite struggle untuk something.
Dan sekarang ni dekat ofis, aku struggle untuk buat decision samada aku nak ambil atau tak.
Macam kawan aku cakap, kalau ambil tak rugi dan boleh challenge diri sendiri.
Tapi kalau rasa nak berada dalam comfort zone, tak amek pung tape.
So, die suruh aku buat Istikharah.

Aku masih dalam dilemma.
Dan aku raa nak tidur.
Dan aku rasa nak makan dekat HAKIM.
Tapi aku tahu, tada sape boleh bawak, melainkan Ika tibe2 rajin harini.

I miss u HAKIM. AYAM GORENG MADU, KARI KARI KARI KARI

Monday, June 20, 2016

- - - - - - - -

Aku rasa marah sampai aku rasa nak nagis.
Aku rasa sedih sampai aku rasa geram.
Aku rasa stress sampai aku rasa nak makan.
Aku rasa mengantok tapi aku tak boleh tidur.
Penat dah wehhhhhh

--------

Jam 12...

Jam 1....

Jam 2...

Jam 3...

Jam 4...

Jam 5...

Jam 6...

Jam 7...

Jam 8...

Jam 9......



---------------------------------------------------
Tak risau pung. Tak marah pung. Tak kisah pung. Semua pung TAK. Tak rasa apa langsung pung.

Friday, June 17, 2016

berhenti

Kadang-kadang aku rasa mcm nak taip something.
Lepas tu bila dah ada depan mata, aku LOST.
Ke sebab sekarang ni aku tengah bahagia, berbunga-bunga, otak aku terus Stop tak boleh nak fikir apa nak tulis.


Tuesday, June 14, 2016

Day 7

Saya rindu AyahIbu saya.

Bila aku fikir balik, ada hikmah Allah izinkan AyahIbu pergi masa bulan puasa.

Contohnya: Masa bulan puasa ini, aku banyak berdoa untuk AyahIbu, aku banyak teringat dekat diorang, Aku banyak rindu dekat diorang. Dan yang paling best, aku tak membantah tiap kali aku argue dgn AyahiBu.

Hikmah Allah nak bagi masa bulan puasa ni. Mungkin Allah nak banyak kan pahala aku.
Orang kata, masa bulan puasa inilah, setiap benda baik yang sekecik zarah pung Allah akan gandakan. Allah dah bagi aku pahala FREE untuk yg atas ni.

Target aku bulan puasa ni :-
1) Taknak tinggal solat terawikh
2) Solat awal waktu
3) Taknak tinggal solat wajib
4) Banyakkan selawat
5) Baca Quraan EVERYDAY. Tak boleh miss ye.

Semoga Allah permudahkan. Andai kata aku tak sempat nak jumpa Ramadhan akan datang. Ramadhan ini akan jadi bermakna untuk aku.

Thanks Allah, sebab sentiasa ingatkan aku. Tak pernah lupa untuk ingatkan aku. Dan sayangkan aku.


14hb

Sekarang ini bila tiap kali aku balik opis.
Aku asa macam esok cuti.
Adakah aku Happy untuk pergi ke opis.

Kesian giler Kubota-san harini.
Dugaan masa bulan puasa.
Macam lah dia puasa,

I am so sleepy.



Friday, June 10, 2016

3 days

Bila sampai simpang rumah je.
Dah mula terasa.
Buka pagar.
Buka pintu.
Buka lampu.
Sayu.
Sunyi sangat rumah tu………..
Masa taip ni dekat opis pung air dekat mata ini sibuk gak nak turun.

Baru 3 hari kot.

Thursday, June 9, 2016

To-day

Thanks awak sebab try to calm down kan kita semalam.
Harini dah rasa lega sikit dah.


Wednesday, June 8, 2016

:)

Aku rasa aku dah jadi mcm budak2 balik.
Dulu masa Ayahibu pergi haji aku selalu nages before tido.
Tp tu masa aku darjah 3.

Harini pung sama gak.
Baru je bbrpa jam.
Myb aku banyak sangat pikir kot.
Aku harap harini jelah aku cmni.


Ya Allah, permudahkan urusan kedua ibubapaku dekat sana ye.

Rindunya...

Wednesday, June 1, 2016

PLC

Kadang-kadang aku rasa hidup ni complicated.

Ala hidup siapa yang tak complicated.

Hidup budak kecik yang 3 tahun pung dah complicated, bila diorang buat sepah je kena marah.
Entah-entah masa aku umo 3 tahun, aku mungkin ada cakap kat diri aku “Kan best kalau aku jadi baby balik”

Masa dah remaja, dan sedar yang kita tak boleh kembali ke waktu kanak-kanak, kita tak sabar nak dewasa.

Sebab ingat jadi dewasa tu best.
Boleh penuh kan pintu kabinet dapur dengan makanan dan minuman ringan.
Boleh duduk dekat kerusi pejabat sambil sign dokumen.
Boleh berpoya-poya dengan kawan-kawan tanpa pikirkan apa-apa masalah dekat dunia ni.
Boleh bergelak tawa dengan suami dan anak-anak tercinta.

Bila kita dah dewasa,
Kita nak zaman remaja tu balik.
Betulkan balik semua kesilapan yang kita buat supaya masa dewasa kita tu akan jadi PERFECT.

Susahkan.

Sebenarnya tak susah pung. Tapi bila kita terlampau berfikir, terlampau mengejar, semua benda jadi susah.

Tapi aku still nak cakap SUSAH.

Sebab aku taknak buat decision sendiri. Kalau boleh aku nak orang buat decision untuk aku.
So that, in future if anything happens I can blame others.
Blame orang yang buat decision untuk aku.

Sebab bila kau buat decision sendiri, kau akan rasa bersalah if anything happens, dan kau akan dihantui dengan perasaan MENYESAL.

Contohnya macam Kau tak tahu nak makan apa, lepas tu kau dah pilih benda yang kau nak mkan tu, end up benda tu tak SEDAP, pastu terus kau rasa MENYESAL. Baru jadi kat aku kelmarin, bila aku makan sizzling yee mee tu tak sedap kot. Dah lah aku tengah lapo. Kenapa lah aku tak pilih benda lain.






movie

Aku rasa movie yang buat aku rasa terkesan sampai sekarang ini adalah THE DARK KNIGHT RISES.

Movie ni buat aku jadi takut, aku nangis teresak-esak hokey. Mcm budak nangis teresak2 tu.

Tapi teresak-esak dalam keadaan senyap

Sebab taknak bagi kawan aku tahu yang aku tengah menangis teresak-esak.

Compare dgn movie lain aku just nangis takat membasahi pipi je

Watak Bane tu buat aku jadi TAKUT  sebab aku boleh bayangkan kalau tiba-tiba kat dunia ni memang betul-betul ada orang yang macam tu. Dan masa itu, kita tak ada BATMAN, SUPERMAN, IRONMAN, MY WINTER SOLDIER, dan superhero2 yang lain.


Tapi sebenarnya dekat Negara lain dah wujud dah orang macam itu kan.

Monday, May 30, 2016

because of you

Sekarang ini, aku tengah duduk ditengah2 lautan maknusia. Haha.Poyo je.

Sebelah aku ni silih berganti org.
Mula2 mamat berbaju kotak2. Tggu makwe die agaknye.
Pastu bapak org dgn anak die. Tggu bini die
Skrg ni bdk laki yg tgh sibuk dgn hp die. Tggu makwe ler tu.
Bosan gler.
Hp ni nak main lama2 pung tak boleh sangat.
Sebab bteri aku dah low bangats
Aku kena off data aku.
Dah tenat dah ni


Aku pesan kt adik aku suh bwak buku cite yg aku beli kt bbw.
Nasib baik aku ada tinggalkan dlm keta.
Kalau tak mengagau lah aku duk termenung tgk org berjalan selama 3 jam.

Cepatlah sampi wahai adikku.
Aku dah bosan usha2 org.

Friday, May 27, 2016

:-

Tiba-tiba rasa tak sedap hati plak...

:(





Sementara tunggu Ika yang stuck dalam jem tu. Baik aku dengar lagu feveret aku ni.

Tenang sikit hati.










language

Kubota-san cakap ape ntah dekat aku tadi.
Aku tak paham hape yang dia nak sebenarnya.

Lepas tu aku dengar nama aku dalam convesation dia.
Hahahahaha.

Tiap kali terdengar nama aku dalam conversation diorang, aku tertanya-tanya apalah yang diorang cakap ni.

Tunggulah aku belajar bahasa Jepung.

Dengar kata Nino yang duk belakang aku ni. Boleh cakap dan faham Bahasa Melayu.
Tapi tak dapat disahihkan lagi kebenaran tu.
Tak mustahil pung sebab dia boleh cakap manadarin kan, So mestilah dia senang nak belajar bahasa lain.


Thursday, May 26, 2016

Bad news

Stress kot.......
Sampairasa tak boleh buat kerja.

Macam banyak sangat je kerja.

Wednesday, May 25, 2016

-.-

Kubota-san selalu bercakap dengan diri die sendiri.

Macam

"OOOOOOOOooo"

"Aik,, bla bla bla " (in japanese)

Banyak lagi lah.

Dia cakap in Japanese, so aku rasa macam comel je orang tua ni ckp sorang-sorang.

Mcm bagi semangat dekat diri die sndri.haha

Kalau orang lain buat camtu, aku dah cakap giler dah.


Tadi die dok cari something, muka mcm risau giler.
Aku tanya "What are you looking for?"
Tapi dia tak paham aku cakap ape.
Dengan muke pucat cari benda yang penting.

Pastu die jumpa sendiri.
Dia cakap Thank you kt aku plak.
Mcm aku tolong carikan plak.

Mcm td aku cerita pasal Uber dengan die.
Die asyik berterima kasih dgn aku plak.
Bukannya aku tlg die pape.
Aku nak tlg dwloadkan apps kat hp die tapi die lupe password plak.

Kdg2 die buka maybank2u die selamba je dekat aku.
Nasib lah die tak ada anak lelaki.
Hahahaha.

Aku percaya die jenis setia dengan isteri die.

Tak macam japang2 lain.

Tuesday, May 24, 2016

BUDAK BAIK

" Hello"

"Hello, min boleh tolong tak?"

"Boleh"

"Kau ni semua boleh je. Btw Thanks..Akak nak mintak tlg..."

Bila orang cakap camtu. Aku terpikir lah kan. Aku ni baik sangat ke. Sampai orang semua mintak tolong aku cakap ok je.

Kadang-kadang aku rasa aku terlampau positif kat office ni.
Sampai dulu clique aku selalu cakap benda sama " Yasmin ni positif sangat lah"

Salah ke kalau aku jadi positif.
Sekarang ini, bila positif aku tu dah hilang sikit2.
Aku rasa Ralat lah jugak.

Macam Situasi ni,

"Yasmin are you bz?"

"Not so bz. Why?"

"Can you help me with................bla bla bla.. then I will talk with your boss"

"Oh..ok.blablabla"

Then after a few hours, kawan aku call,

"Yasmin, L ada mintak tolong ke"

"Aah, dia ada mintak tolong sebab dia kata dia bz dengan bla bla bla"

"Yasmin, dia tak bz pung. Dia tu hari-hari kata bz"

"Yeke, sebab kita tengok dia selalu macam bz je blablabla"

"Tak Yasmin"


So, bila aku dah berdepan dengan situasi atas ni, Aku tak tahu nak jadi postive or negative.
Bagi aku kalau aku tak sibuk, aku boleh je tolong orang.
Dan kebanyakkan masa dan time diorang mintak tolong waktu tu aku memang tak sibuk kan.
Aku tak pernah lah nak cakap aku sibuk.
Sebab dah memang aku tak sibuk.

Dulu masa mula-mula aku kerja sini, aura aku sentiasa positif
Aku kena marah or anything. Aku positif.
Aku anggap semua tu pengalaman.

Macam ada sorang bdk account yang jnis loudspeaker ni selalu lah nak marah2 orang.
Tapi, bila dia membebel2 kat aku, aku just pkir dah memang stail die macam tu.
Aku buat bodoh jelah dan fikir positif je.
End up, aku ok je.

Bila bekerja ni aku rasa, kalau kena marah or membebel dgn org yang mmg suker membebel ni, kita jangan lawan or buat muka.
Kita senyum dan cakap baik-baik je.

Dan kalau kita betul, kita kena confident bercakap.
Kalau tak confident memang lagi dia pijak-pijak.
Kalau salah just admit je salah tu.

Sebab tu kalau boleh aku just neutral je dengan semua orang.
Kalau kau bermusuh dengan A, itu antara kau dengan dia.
Aku tade lah nak join kau bermusuh walaupung kau try mengapi-apikan.

Kadang-kadang aku tak paham kenapa orang nak bermusuh dekat dalam ofis ni.
Kalau semua orang neutral kan bagus.

Aku tak cakap lah aku baik. Tapi aku try jelah buat baik dengan orang.
Tak salah pung aku rasa.

Cuma sekarang ini, aku rasa bila dah start dengar kiri kanan depan belakang punya cite.
Kau tak tahu nak jadi postive, neutral or negative.

Kadang-kadang kau rasa nak tumbuk diri kau sebab overthink sangatsss..



Selamat Pagi Dunia!!


Aku rasa dah dua hari aku tidur tak nyenyak.
Lepas tu nanti mengantuk.

Ok. Start buat kerja!!
Lambat pulak Kubota-san datang opis rini.

Monday, May 23, 2016

Beberapa bulan yang lepas..

"Malasnya nak amek lesen......"

" Nanti, kalau aku dah ada lesen aku tak melekat dekat rumah taw.! Nanti, kalau ada lesen nak buat tu nak buat ni! Nanti kalau ade lesen.. bla bla bla!!"

"Kau dah kenape?"

"Ritu beriya2. Lepas tu malas pulak"

Suatu masa dahulu, masa aku tak ada lesen, aku pernah cakap dekat Ika ayat-ayat tu. Bila dia tak layan kehendak aku nak pergi sana pergi sini. Then, bila aku start keluarkan ayat yang pertama, dia sembur kat aku balik apa yang aku cakap dulu.

Nasiblah......

Friday, May 20, 2016

:(

Kenapalah hati aku ni tak keras macam batu kan.
Rapuh sangat macam biskut.
Rendam dalam air milo terus lembik

Move on

Selalunya bila start hari Rabu, aku akan mula rasa gembira.
Dah boleh accept yang aku sedang bekerja.
Sebab hari Sabtu tinggal beberapa hari je lagi.
Time tu boleh duk golek2 atas katil..golek2..golek sampai terjatuh.
Walau hakikatnya.
Lepas Subuh memang dah start tak boleh tidur. Melainkan bulan tengah mengambang.
Kalau ada benda nak masak, aku akan masak.
Selalunya nasi goreng, jemput2 dan yang sewaktu dengannya.
"Jemput-jemput Yasmin memang win lah" orang cakap ye.
Aku akan masuk syif pagi je. Lunch aku pass dekat orang lain.

Dan kalau rajin, aku akan terus mengemas rumah.
Kalu rajin. Selalunya Ibu membebel dulu, baru tangan aku gerak.
Time tulah semua orang kena marah dengan aku.
Sebab diorang yang buat sepah, aku yang kena kemas.
Lepas tu tak reti nak mantain salahkan aku plak.
Bla bla bla bla bla....

Bila rumah dah bersih, aku akan mandi dan buat Duha.
Aku lagi suker buat Duha awal2 sebab kadang-kadang aku kemas terkejar-kejar waktu Duha.
Pastu lepas Zohor aku tengok cerita Hindustan kalau best.
Kalau tak best aku cari cerita yang best.
Kalau tak best gak aku selalu ajak kawan aku keluar.
Or adik aku keluar.
Tapi bila ajak last minute ni selalunya memang tak ada orang nak keluar.
End up aku akan bosan bosan dan bosan sampai ke malam.
Dan tidur.

Bila hari Ahad,
Aku bangun tidoq je, aku dah start jerit "ESOOOOOKKKKKKKK KERJJJJAAAAAAA"
Pastu aku dah mula sedih...sedih...sedih..

Dan bila hari Isnin, kalau boleh bila adik aku hantaq depan opis tu, aku taknak turun.
Apakan daya, sebelum kena pelempang baik aku turun.

Sebenarnya kesimpulannya dekat sini,

Sekarang bila dah start hari Rabu, aku masih seperti hari isnin dan selasa.
Sebab Sabtu Ahad aku kena bangun pagi untuk pergi kelas driving.

Basically everyday adalah MONDAY selepas ini.
But I still like FRIDAY!!! Yeaaahhhh!!


Love letter

Dear Ms. Positive,

Bila saya bangun tadi, saya dah positive. Saya mandi dan menyanyi dalam bilik air. Saya gosok baju pung saya menyanyi lagi. Bila saya pakai baju pung saya menyanyi jugak. Siap-siap. Isi air dalam botol. Basuh-basuh pinggan. Bagi kucing makan. Saya menyanyi lagi.

Saya tak mimpi yang pelik-pelik malam tadi. Mungkin sebab malam tadi saya asyik mendengar Imam saya mengaji surah Al-Mulk dan surah favourite saya, Surah Yusuf sampai saya tertidoq.

Jadi bila bangun pagi, saya automatik jadi positive. Dalam kereta pung, saya boleh menari dengan adik saya. Masa isi mnyak pung saya isi tak tumpah.

Sebelum sampai ofis, saya beli sandwich tapi bila sampai ofis, saya ajak Stanley brekpes dekat luaq.
Pastu sampai kedai dia kata nak belanja saya makan. Saya pung cepat-cepat ambil ayam, telur, ikan, sosej, nugget dan kuih. Ok saya gurau je. Mungkin saya akan lunch dengan Kubota-san, Kubota-san makan roti dengan air teh dia, saya pulak makan Sandwich sambil menonton Runningman.

Terima kasih Miss positive. I'm sure you can feel my positive bar is going higher and higher. Hahahaha. Tak tipu.

Till we meet again.


Love,
Yasmin Comey


Thursday, May 19, 2016

:]

Dulu aku ingat lagi, aku call kawan baik aku tersekat2 masa aku dapat tahu dia dah move on,
“First time gua dengar lu nangis beb. First time lu kalah dengan gua. Gua selalu rasa lu hebat. Harini gua rasa hebat bla bla bla”.

Masa tu aku tak tahu nak gelak atau nangis balik. Hahaha. Tapi masa tu aku rasa aku gelak dan sambung nangis balik.

Setiap orang yang kenal aku, akan cakap aku ni kuat lah. Orang selalu cakap aku ni kuat. Tapi untuk orang yang betul-betul kenal aku, tahu aku ni tak adalah kuat mana. Sebab hal perasaan ni, memang aku selalu letak kemas-kemas dalam almari. Jarang aku nak cerita dekat siapa-siapa even kawan baik. Sebab tu bila tak tahan mula lah bertakung tetiba. Serius.. macam perempuan.

Aku tahu aku perempuan.

Sebab aku perempuan lah, aku tak sedia nak jatuh lagi sekali . Sebab aku tahu, aku tak kuat kalau benda tu jadi lagi sekali. Waaaaaa……………apa lah kena dengan aku ni.


Doraemon…………tolonglah saya. Awak boleh tak bagi saya guna mesin masa awak tu *bercakap gaya Nobita

masalah 2

Aku rasa kan.
Sikap PARANOID aku ini buat aku nak buang diri aku dalam LAUT.
LAUTAN PASIFIK ok lah kot ke LAUTAN ATLANTIC.
Sekurang-kurangnya bila aku terdampar ada laki mat salleh tolong selamatkan aku.
HAHAHAHA.

Oh laki tu dah kahwin. Mat Salleh tabley kahwin empat kan.
Kesian.
Macam aku nak bagi laki aku kahwin empat je.

So, aku akan terdampar dekat Arab. Tapi aku tak suker orang Arab.
Aku golek-golekkan diri balik kat dalam laut.

Jumpa pulau terbiar.
Aku penakut. So tabley duduk dekat Pulau terbiar ni.

Golek-golek lagi..
* Beku terus.

Kena tunggu Winter Soldier selamatkan aku.

-Aku tak tahu apa kena mengena dengan cerita ini semua.


18/05/2016 (Wednesday)

18/05/2016 (Wednesday)

Finally,
Semua orang tak ada dalam opis.


Nasib Danny ada kat ofis, boleh tolong hantar Kubota-san.
Kesian dia, kalau Ninomiya-san tarak, kena cari orang yang boleh hantar dia balik.
Padahal dia boleh je naik taxi sebab company will pay for it.
Tapi aku tak tahu kenapa dia taknak.
Lantak dia lah.
Hahahaha.
Tapi aku gak yang risau bila tak ada orang boleh hantar dia balik.
Sebab bila aku tengok dia macam kesian.

Sekarang ini, ofis aku dah sunyi.
Sebab account departmen, admin and corporate communications dah pindah PJ.
Nasib baik aku tak kena pindah.

So, basically dekat sini just ada Sales department untuk Medical department, Graphic department, Industrial department dan technical department. Dan another company yang menumpang.

Orang-orang yang suker melalak, meraung kebanyakkannye dah pindah PJ. Aman gak lah dekat sini.
Dengar kata, dekat sana kena senyap je sebab semua satu floor dengan bilik MD. Dan MD tak suker bising2. Tak pasal-pasal orang2 yang jenis berteriak semua jadi sopan dan baik. Bagus untuk diorang dan orang lain gak kan.

Cuma yang paling tak best bila waktu nak balik tu, dah lah aku ni dikategorikan selalu balik lambat gak sebab tunggu adik aku amek. Dan dulu orang yg selalu OT sampai pukul 11 dah pindah PJ. Dan sekarang ini bila balik lambat sikit dah risau nak kena cari orang yang ada kunci.

Sekarang ini aku tengah berdebor2. Nak tunggu kena halau dari ofis or tak.



Aku dah kena halau.
Bye

masalah I

Ofis aku ni mcm Kaf Lam Ya Nga.
Kejap kata kena pindah atas.
Pastu tak payah pulak.

Lepas tu, yg sorang tu tak boleh ke kemas bilik bos aku tu sorang2.
Bukan banyak pung barang bos aku.
Dia tu bos kau jugak.

Aku kat bawah ini ada gak kerja nak buat.
Tolong orang tu, tolong orang ini.
Memang lah aku ikhlas nak tolong.

Nak kena seru Miss Positive datang ini...........
Miss positive...
Miss positive...
Saya ada masalah, harini saya tak boleh nak positive.

* Puff....Asap kepui2..


Miss positive.

"Saya datang!! Saya akan selesaikan masalah awak. Tapi bukan buat semua kerja awak. Saya akan bagi aura positve saya. Sedia.. Sekarang ini awak kena senyum..senyum lebar lagi...sampai ke telinga...dah sama hujung senyuman tu dengan telinga, tengok Kanan dan Kiri. Senyum macam tu dekat orang di Kanan dan Kiri. Ambik tangan kiri, buka ibu jari ngan jari telunjuk je..pastu letak dekat dagu..angkat-angkat kening. Ha...kan awak dah ketawa...tapi saya tahu hati awak tu macam tak positive...sebab saya boleh rasa aura positive tu tak penuh...Hmmm..Selawat banyak-banyak hokey. Dapat pahala taw"


*Pufff...Hilang



"THANK YOU MISS POSITIVE" * senyum sampai ke mata turun ke hati

Wednesday, May 4, 2016

Today

Bila aku baca post2 aku balik dekat sini.
Aku gelak sorang-sorang.

Kalau aku baca blog lagi satu tu balik.
Aku Sedih tapi Bangga plus gembira.
Sebab aku dah laluinya.
Bertahun aku pendam aku mintak jawapan.
Akhirnya aku dapat jawapan itu.
Dan sekarang ini, aku tak perlu nak fikir masalah tu lagi.
Let bygones be bygones

Betul orang cakap semua yang jadi ada hikmahnya.

Macam first aku dapat Job. Aku dapat BOS yang garang dan cerewet.
End up, Bos aku sekarang ini BAIK SANGAT dan sentiasa bagi tunjuk ajar.

Macam first aku fall in love dan putuih,
Bertahun-tahun aku tak boleh nak move on.
End up. Aku happy dengan life aku sekarang.
Dan aku tahu nak kahwin tu bukan senang.
Mental and fizikal nak kena ready kan.haha
Dan aku Tak ready pung nak kahwin sebenarnya.
Hikmah kan.

Aku percaya Allah sayang aku. Sebab dia tak hanyutkan aku terlalu jauh. DIA selalu ingatkan aku bila aku terlupa.

Aku rasa tahun lepas aku dah start move on yang betul-betul sebab aku dah tak Stalk kau. Dan aku redha kau dengan siapa pung. Dan aku langsung tak ingat pasal kau.

Sekarang ini bila mak aku asyik bising suruh kawen, aku tak kisah dah. Sebab aku tahu diri aku still belum sedia nak pikir pasal Kawen. Ingat kawen tu senang. Aku tengok and baca kisah orang dah kawen aku plak seriau. Dan PARANOID aku datang balik. hahaha (Macam mana kalau aku kawen macam ni...bla bla bla bla)

Bonding

Bila naik kereta dengan Ayah berdua.
Ayah banyak luahkan pasal masalah dia.
Itu pung bila gua korek-korek.
Kena pandai korek kalau dengan Ayah ni sebab dia jenis tak suker cerita masalah die.

Kadang-kadang nak tolong pung tak mampu.
Mampu dengar je.
Gua tak sabar nak habis belajar.
Nak tolong ringakan beban Ayah supaya die tak payah tanggung hidup gua lagi.

Sejak buka bisnes sendiri memang susah nak jumpa Ayah.
Tapi itu impian Ayah.
Mungkin impian daripada kecik.
Orang kata bersusah-susah dahulu.
Tapi gua tengok Ayah dah banyak susah.

Ayah boleh pilih untuk kerja dan hujung bulan dapat beribu-ribu.
Tapi dia pilih untuk usahakan bisnes dia.
Yang pasang surut tu.
Yang buat die tak duduk diam.
Uban pung makin banyak.



Post ini ditulis pada waktu belajor dolu,
Sekarang dah kerja, Alhamdulillah


Friday, February 5, 2016

pray hard

Kadang-kadang bila ada benda nak berkongsi.
Tak ada depan mata.
Bila dah ada depan mata.
Hilang semua benda nak bercerita.

Basically, company aku sekarang ini macam dalam fasa untuk stabil.
Disebabkan satu orang punya angkara.
Macam-macam dah jadi.
Ada pros and cons.

Dan sekarang aku kena tengok nasib aku macam mana.
Kalau ok. Aku stay.
Kalau Tak. Masa je yang menentukannya. Cewaaahhh.

Tapi sungguh aku aku tak berani nak blah, sebab so far benefit dekat sini memang ok.
Cuma certain time ada benda-benda yang kau kena hadap.
Whether you want to take it or leave it bebeh.

 So just wait and see


Tuesday, February 2, 2016

tamatlah riwayat

OMG....
Seriously???
Diorang dah block semua kot.

Tidakkkkk!!!!!!

Tuesday, January 19, 2016

Dulu vs Sekarang

Sekarang ini line clear sebab sume orang dah menghilangkan diri.
Outstation g Kuantan je pung.
Dengan orang belakang aku sekali ikut.
Apa lagi??? HAPPY lah.

Hanya Kubota-san yang baik hati je yang teman aku kat opis la ni.

Back to the main topic, aku perasan yang aku dah banyak berubah. Terutamanya bab makan

1) Dulu aku cukup benci makan telur. Aku hanya akan makan telur putih dan telur kuning tu, aku akan pass dekat orang lain vs Sekarang, aku dah suka telur. Aku lagi suka makan telur kuning daripada telur putih. Lagi2 bila telur kuning tu cayerrrrr. Hati pung terus cayerrr.

2) Dulu aku tak makan ikan keli or ikan patin. Memang geli lah. Lagipung mak aku tak suka so dia tak pernah masak dan family aku pung tak suker vs Sekarang aku suker makan binatang dua ekor tu. Lagi2 kalau dapat dengan tempoyak. Siapa lah yang nak teman aku makan la ni...

3) Dulu aku cukup tak suka makan roti berintikan jem jagung vs Sekarang seminggu sekali mesti aku makan roti berintikan jem jagung tu. Sedap pulakkk lahhh.

Sebenarnya banyak lagi kot benda yang dulu aku tak makan, tiba-tiba sekarang ni aku jadi suka pulak. Sebab tulah aku rasa dulu aku kurus sebab makan cerewet. Sekarang makin gemokk sebab sekarang ni semua benda aku telan. Aku kunyah dulu sebelum telan. Tapi mungkin kunyahan aku hanya 3 kali.HAHAHAHAHA.

So, itulah ceritanya macam mana aku boleh GEMOKKKKK. Sekian