Selalunya bila start hari Rabu, aku akan mula rasa gembira.
Dah boleh accept yang aku sedang bekerja.
Sebab hari Sabtu tinggal beberapa hari je lagi.
Time tu boleh duk golek2 atas katil..golek2..golek sampai terjatuh.
Walau hakikatnya.
Lepas Subuh memang dah start tak boleh tidur. Melainkan bulan tengah mengambang.
Kalau ada benda nak masak, aku akan masak.
Selalunya nasi goreng, jemput2 dan yang sewaktu dengannya.
"Jemput-jemput Yasmin memang win lah" orang cakap ye.
Aku akan masuk syif pagi je. Lunch aku pass dekat orang lain.
Dan kalau rajin, aku akan terus mengemas rumah.
Kalu rajin. Selalunya Ibu membebel dulu, baru tangan aku gerak.
Time tulah semua orang kena marah dengan aku.
Sebab diorang yang buat sepah, aku yang kena kemas.
Lepas tu tak reti nak mantain salahkan aku plak.
Bla bla bla bla bla....
Bila rumah dah bersih, aku akan mandi dan buat Duha.
Aku lagi suker buat Duha awal2 sebab kadang-kadang aku kemas terkejar-kejar waktu Duha.
Pastu lepas Zohor aku tengok cerita Hindustan kalau best.
Kalau tak best aku cari cerita yang best.
Kalau tak best gak aku selalu ajak kawan aku keluar.
Or adik aku keluar.
Tapi bila ajak last minute ni selalunya memang tak ada orang nak keluar.
End up aku akan bosan bosan dan bosan sampai ke malam.
Dan tidur.
Bila hari Ahad,
Aku bangun tidoq je, aku dah start jerit "ESOOOOOKKKKKKKK KERJJJJAAAAAAA"
Pastu aku dah mula sedih...sedih...sedih..
Dan bila hari Isnin, kalau boleh bila adik aku hantaq depan opis tu, aku taknak turun.
Apakan daya, sebelum kena pelempang baik aku turun.
Sebenarnya kesimpulannya dekat sini,
Sekarang bila dah start hari Rabu, aku masih seperti hari isnin dan selasa.
Sebab Sabtu Ahad aku kena bangun pagi untuk pergi kelas driving.
Basically everyday adalah MONDAY selepas ini.
But I still like FRIDAY!!! Yeaaahhhh!!
No comments:
Post a Comment
Sedapnya ayam goreng Opah masak ini. Terima Kasih Opah!