Monday, May 30, 2016

because of you

Sekarang ini, aku tengah duduk ditengah2 lautan maknusia. Haha.Poyo je.

Sebelah aku ni silih berganti org.
Mula2 mamat berbaju kotak2. Tggu makwe die agaknye.
Pastu bapak org dgn anak die. Tggu bini die
Skrg ni bdk laki yg tgh sibuk dgn hp die. Tggu makwe ler tu.
Bosan gler.
Hp ni nak main lama2 pung tak boleh sangat.
Sebab bteri aku dah low bangats
Aku kena off data aku.
Dah tenat dah ni


Aku pesan kt adik aku suh bwak buku cite yg aku beli kt bbw.
Nasib baik aku ada tinggalkan dlm keta.
Kalau tak mengagau lah aku duk termenung tgk org berjalan selama 3 jam.

Cepatlah sampi wahai adikku.
Aku dah bosan usha2 org.

Friday, May 27, 2016

:-

Tiba-tiba rasa tak sedap hati plak...

:(





Sementara tunggu Ika yang stuck dalam jem tu. Baik aku dengar lagu feveret aku ni.

Tenang sikit hati.










language

Kubota-san cakap ape ntah dekat aku tadi.
Aku tak paham hape yang dia nak sebenarnya.

Lepas tu aku dengar nama aku dalam convesation dia.
Hahahahaha.

Tiap kali terdengar nama aku dalam conversation diorang, aku tertanya-tanya apalah yang diorang cakap ni.

Tunggulah aku belajar bahasa Jepung.

Dengar kata Nino yang duk belakang aku ni. Boleh cakap dan faham Bahasa Melayu.
Tapi tak dapat disahihkan lagi kebenaran tu.
Tak mustahil pung sebab dia boleh cakap manadarin kan, So mestilah dia senang nak belajar bahasa lain.


Thursday, May 26, 2016

Bad news

Stress kot.......
Sampairasa tak boleh buat kerja.

Macam banyak sangat je kerja.

Wednesday, May 25, 2016

-.-

Kubota-san selalu bercakap dengan diri die sendiri.

Macam

"OOOOOOOOooo"

"Aik,, bla bla bla " (in japanese)

Banyak lagi lah.

Dia cakap in Japanese, so aku rasa macam comel je orang tua ni ckp sorang-sorang.

Mcm bagi semangat dekat diri die sndri.haha

Kalau orang lain buat camtu, aku dah cakap giler dah.


Tadi die dok cari something, muka mcm risau giler.
Aku tanya "What are you looking for?"
Tapi dia tak paham aku cakap ape.
Dengan muke pucat cari benda yang penting.

Pastu die jumpa sendiri.
Dia cakap Thank you kt aku plak.
Mcm aku tolong carikan plak.

Mcm td aku cerita pasal Uber dengan die.
Die asyik berterima kasih dgn aku plak.
Bukannya aku tlg die pape.
Aku nak tlg dwloadkan apps kat hp die tapi die lupe password plak.

Kdg2 die buka maybank2u die selamba je dekat aku.
Nasib lah die tak ada anak lelaki.
Hahahaha.

Aku percaya die jenis setia dengan isteri die.

Tak macam japang2 lain.

Tuesday, May 24, 2016

BUDAK BAIK

" Hello"

"Hello, min boleh tolong tak?"

"Boleh"

"Kau ni semua boleh je. Btw Thanks..Akak nak mintak tlg..."

Bila orang cakap camtu. Aku terpikir lah kan. Aku ni baik sangat ke. Sampai orang semua mintak tolong aku cakap ok je.

Kadang-kadang aku rasa aku terlampau positif kat office ni.
Sampai dulu clique aku selalu cakap benda sama " Yasmin ni positif sangat lah"

Salah ke kalau aku jadi positif.
Sekarang ini, bila positif aku tu dah hilang sikit2.
Aku rasa Ralat lah jugak.

Macam Situasi ni,

"Yasmin are you bz?"

"Not so bz. Why?"

"Can you help me with................bla bla bla.. then I will talk with your boss"

"Oh..ok.blablabla"

Then after a few hours, kawan aku call,

"Yasmin, L ada mintak tolong ke"

"Aah, dia ada mintak tolong sebab dia kata dia bz dengan bla bla bla"

"Yasmin, dia tak bz pung. Dia tu hari-hari kata bz"

"Yeke, sebab kita tengok dia selalu macam bz je blablabla"

"Tak Yasmin"


So, bila aku dah berdepan dengan situasi atas ni, Aku tak tahu nak jadi postive or negative.
Bagi aku kalau aku tak sibuk, aku boleh je tolong orang.
Dan kebanyakkan masa dan time diorang mintak tolong waktu tu aku memang tak sibuk kan.
Aku tak pernah lah nak cakap aku sibuk.
Sebab dah memang aku tak sibuk.

Dulu masa mula-mula aku kerja sini, aura aku sentiasa positif
Aku kena marah or anything. Aku positif.
Aku anggap semua tu pengalaman.

Macam ada sorang bdk account yang jnis loudspeaker ni selalu lah nak marah2 orang.
Tapi, bila dia membebel2 kat aku, aku just pkir dah memang stail die macam tu.
Aku buat bodoh jelah dan fikir positif je.
End up, aku ok je.

Bila bekerja ni aku rasa, kalau kena marah or membebel dgn org yang mmg suker membebel ni, kita jangan lawan or buat muka.
Kita senyum dan cakap baik-baik je.

Dan kalau kita betul, kita kena confident bercakap.
Kalau tak confident memang lagi dia pijak-pijak.
Kalau salah just admit je salah tu.

Sebab tu kalau boleh aku just neutral je dengan semua orang.
Kalau kau bermusuh dengan A, itu antara kau dengan dia.
Aku tade lah nak join kau bermusuh walaupung kau try mengapi-apikan.

Kadang-kadang aku tak paham kenapa orang nak bermusuh dekat dalam ofis ni.
Kalau semua orang neutral kan bagus.

Aku tak cakap lah aku baik. Tapi aku try jelah buat baik dengan orang.
Tak salah pung aku rasa.

Cuma sekarang ini, aku rasa bila dah start dengar kiri kanan depan belakang punya cite.
Kau tak tahu nak jadi postive, neutral or negative.

Kadang-kadang kau rasa nak tumbuk diri kau sebab overthink sangatsss..



Selamat Pagi Dunia!!


Aku rasa dah dua hari aku tidur tak nyenyak.
Lepas tu nanti mengantuk.

Ok. Start buat kerja!!
Lambat pulak Kubota-san datang opis rini.

Monday, May 23, 2016

Beberapa bulan yang lepas..

"Malasnya nak amek lesen......"

" Nanti, kalau aku dah ada lesen aku tak melekat dekat rumah taw.! Nanti, kalau ada lesen nak buat tu nak buat ni! Nanti kalau ade lesen.. bla bla bla!!"

"Kau dah kenape?"

"Ritu beriya2. Lepas tu malas pulak"

Suatu masa dahulu, masa aku tak ada lesen, aku pernah cakap dekat Ika ayat-ayat tu. Bila dia tak layan kehendak aku nak pergi sana pergi sini. Then, bila aku start keluarkan ayat yang pertama, dia sembur kat aku balik apa yang aku cakap dulu.

Nasiblah......

Friday, May 20, 2016

:(

Kenapalah hati aku ni tak keras macam batu kan.
Rapuh sangat macam biskut.
Rendam dalam air milo terus lembik

Move on

Selalunya bila start hari Rabu, aku akan mula rasa gembira.
Dah boleh accept yang aku sedang bekerja.
Sebab hari Sabtu tinggal beberapa hari je lagi.
Time tu boleh duk golek2 atas katil..golek2..golek sampai terjatuh.
Walau hakikatnya.
Lepas Subuh memang dah start tak boleh tidur. Melainkan bulan tengah mengambang.
Kalau ada benda nak masak, aku akan masak.
Selalunya nasi goreng, jemput2 dan yang sewaktu dengannya.
"Jemput-jemput Yasmin memang win lah" orang cakap ye.
Aku akan masuk syif pagi je. Lunch aku pass dekat orang lain.

Dan kalau rajin, aku akan terus mengemas rumah.
Kalu rajin. Selalunya Ibu membebel dulu, baru tangan aku gerak.
Time tulah semua orang kena marah dengan aku.
Sebab diorang yang buat sepah, aku yang kena kemas.
Lepas tu tak reti nak mantain salahkan aku plak.
Bla bla bla bla bla....

Bila rumah dah bersih, aku akan mandi dan buat Duha.
Aku lagi suker buat Duha awal2 sebab kadang-kadang aku kemas terkejar-kejar waktu Duha.
Pastu lepas Zohor aku tengok cerita Hindustan kalau best.
Kalau tak best aku cari cerita yang best.
Kalau tak best gak aku selalu ajak kawan aku keluar.
Or adik aku keluar.
Tapi bila ajak last minute ni selalunya memang tak ada orang nak keluar.
End up aku akan bosan bosan dan bosan sampai ke malam.
Dan tidur.

Bila hari Ahad,
Aku bangun tidoq je, aku dah start jerit "ESOOOOOKKKKKKKK KERJJJJAAAAAAA"
Pastu aku dah mula sedih...sedih...sedih..

Dan bila hari Isnin, kalau boleh bila adik aku hantaq depan opis tu, aku taknak turun.
Apakan daya, sebelum kena pelempang baik aku turun.

Sebenarnya kesimpulannya dekat sini,

Sekarang bila dah start hari Rabu, aku masih seperti hari isnin dan selasa.
Sebab Sabtu Ahad aku kena bangun pagi untuk pergi kelas driving.

Basically everyday adalah MONDAY selepas ini.
But I still like FRIDAY!!! Yeaaahhhh!!


Love letter

Dear Ms. Positive,

Bila saya bangun tadi, saya dah positive. Saya mandi dan menyanyi dalam bilik air. Saya gosok baju pung saya menyanyi lagi. Bila saya pakai baju pung saya menyanyi jugak. Siap-siap. Isi air dalam botol. Basuh-basuh pinggan. Bagi kucing makan. Saya menyanyi lagi.

Saya tak mimpi yang pelik-pelik malam tadi. Mungkin sebab malam tadi saya asyik mendengar Imam saya mengaji surah Al-Mulk dan surah favourite saya, Surah Yusuf sampai saya tertidoq.

Jadi bila bangun pagi, saya automatik jadi positive. Dalam kereta pung, saya boleh menari dengan adik saya. Masa isi mnyak pung saya isi tak tumpah.

Sebelum sampai ofis, saya beli sandwich tapi bila sampai ofis, saya ajak Stanley brekpes dekat luaq.
Pastu sampai kedai dia kata nak belanja saya makan. Saya pung cepat-cepat ambil ayam, telur, ikan, sosej, nugget dan kuih. Ok saya gurau je. Mungkin saya akan lunch dengan Kubota-san, Kubota-san makan roti dengan air teh dia, saya pulak makan Sandwich sambil menonton Runningman.

Terima kasih Miss positive. I'm sure you can feel my positive bar is going higher and higher. Hahahaha. Tak tipu.

Till we meet again.


Love,
Yasmin Comey


Thursday, May 19, 2016

:]

Dulu aku ingat lagi, aku call kawan baik aku tersekat2 masa aku dapat tahu dia dah move on,
“First time gua dengar lu nangis beb. First time lu kalah dengan gua. Gua selalu rasa lu hebat. Harini gua rasa hebat bla bla bla”.

Masa tu aku tak tahu nak gelak atau nangis balik. Hahaha. Tapi masa tu aku rasa aku gelak dan sambung nangis balik.

Setiap orang yang kenal aku, akan cakap aku ni kuat lah. Orang selalu cakap aku ni kuat. Tapi untuk orang yang betul-betul kenal aku, tahu aku ni tak adalah kuat mana. Sebab hal perasaan ni, memang aku selalu letak kemas-kemas dalam almari. Jarang aku nak cerita dekat siapa-siapa even kawan baik. Sebab tu bila tak tahan mula lah bertakung tetiba. Serius.. macam perempuan.

Aku tahu aku perempuan.

Sebab aku perempuan lah, aku tak sedia nak jatuh lagi sekali . Sebab aku tahu, aku tak kuat kalau benda tu jadi lagi sekali. Waaaaaa……………apa lah kena dengan aku ni.


Doraemon…………tolonglah saya. Awak boleh tak bagi saya guna mesin masa awak tu *bercakap gaya Nobita

masalah 2

Aku rasa kan.
Sikap PARANOID aku ini buat aku nak buang diri aku dalam LAUT.
LAUTAN PASIFIK ok lah kot ke LAUTAN ATLANTIC.
Sekurang-kurangnya bila aku terdampar ada laki mat salleh tolong selamatkan aku.
HAHAHAHA.

Oh laki tu dah kahwin. Mat Salleh tabley kahwin empat kan.
Kesian.
Macam aku nak bagi laki aku kahwin empat je.

So, aku akan terdampar dekat Arab. Tapi aku tak suker orang Arab.
Aku golek-golekkan diri balik kat dalam laut.

Jumpa pulau terbiar.
Aku penakut. So tabley duduk dekat Pulau terbiar ni.

Golek-golek lagi..
* Beku terus.

Kena tunggu Winter Soldier selamatkan aku.

-Aku tak tahu apa kena mengena dengan cerita ini semua.


18/05/2016 (Wednesday)

18/05/2016 (Wednesday)

Finally,
Semua orang tak ada dalam opis.


Nasib Danny ada kat ofis, boleh tolong hantar Kubota-san.
Kesian dia, kalau Ninomiya-san tarak, kena cari orang yang boleh hantar dia balik.
Padahal dia boleh je naik taxi sebab company will pay for it.
Tapi aku tak tahu kenapa dia taknak.
Lantak dia lah.
Hahahaha.
Tapi aku gak yang risau bila tak ada orang boleh hantar dia balik.
Sebab bila aku tengok dia macam kesian.

Sekarang ini, ofis aku dah sunyi.
Sebab account departmen, admin and corporate communications dah pindah PJ.
Nasib baik aku tak kena pindah.

So, basically dekat sini just ada Sales department untuk Medical department, Graphic department, Industrial department dan technical department. Dan another company yang menumpang.

Orang-orang yang suker melalak, meraung kebanyakkannye dah pindah PJ. Aman gak lah dekat sini.
Dengar kata, dekat sana kena senyap je sebab semua satu floor dengan bilik MD. Dan MD tak suker bising2. Tak pasal-pasal orang2 yang jenis berteriak semua jadi sopan dan baik. Bagus untuk diorang dan orang lain gak kan.

Cuma yang paling tak best bila waktu nak balik tu, dah lah aku ni dikategorikan selalu balik lambat gak sebab tunggu adik aku amek. Dan dulu orang yg selalu OT sampai pukul 11 dah pindah PJ. Dan sekarang ini bila balik lambat sikit dah risau nak kena cari orang yang ada kunci.

Sekarang ini aku tengah berdebor2. Nak tunggu kena halau dari ofis or tak.



Aku dah kena halau.
Bye

masalah I

Ofis aku ni mcm Kaf Lam Ya Nga.
Kejap kata kena pindah atas.
Pastu tak payah pulak.

Lepas tu, yg sorang tu tak boleh ke kemas bilik bos aku tu sorang2.
Bukan banyak pung barang bos aku.
Dia tu bos kau jugak.

Aku kat bawah ini ada gak kerja nak buat.
Tolong orang tu, tolong orang ini.
Memang lah aku ikhlas nak tolong.

Nak kena seru Miss Positive datang ini...........
Miss positive...
Miss positive...
Saya ada masalah, harini saya tak boleh nak positive.

* Puff....Asap kepui2..


Miss positive.

"Saya datang!! Saya akan selesaikan masalah awak. Tapi bukan buat semua kerja awak. Saya akan bagi aura positve saya. Sedia.. Sekarang ini awak kena senyum..senyum lebar lagi...sampai ke telinga...dah sama hujung senyuman tu dengan telinga, tengok Kanan dan Kiri. Senyum macam tu dekat orang di Kanan dan Kiri. Ambik tangan kiri, buka ibu jari ngan jari telunjuk je..pastu letak dekat dagu..angkat-angkat kening. Ha...kan awak dah ketawa...tapi saya tahu hati awak tu macam tak positive...sebab saya boleh rasa aura positive tu tak penuh...Hmmm..Selawat banyak-banyak hokey. Dapat pahala taw"


*Pufff...Hilang



"THANK YOU MISS POSITIVE" * senyum sampai ke mata turun ke hati

Wednesday, May 4, 2016

Today

Bila aku baca post2 aku balik dekat sini.
Aku gelak sorang-sorang.

Kalau aku baca blog lagi satu tu balik.
Aku Sedih tapi Bangga plus gembira.
Sebab aku dah laluinya.
Bertahun aku pendam aku mintak jawapan.
Akhirnya aku dapat jawapan itu.
Dan sekarang ini, aku tak perlu nak fikir masalah tu lagi.
Let bygones be bygones

Betul orang cakap semua yang jadi ada hikmahnya.

Macam first aku dapat Job. Aku dapat BOS yang garang dan cerewet.
End up, Bos aku sekarang ini BAIK SANGAT dan sentiasa bagi tunjuk ajar.

Macam first aku fall in love dan putuih,
Bertahun-tahun aku tak boleh nak move on.
End up. Aku happy dengan life aku sekarang.
Dan aku tahu nak kahwin tu bukan senang.
Mental and fizikal nak kena ready kan.haha
Dan aku Tak ready pung nak kahwin sebenarnya.
Hikmah kan.

Aku percaya Allah sayang aku. Sebab dia tak hanyutkan aku terlalu jauh. DIA selalu ingatkan aku bila aku terlupa.

Aku rasa tahun lepas aku dah start move on yang betul-betul sebab aku dah tak Stalk kau. Dan aku redha kau dengan siapa pung. Dan aku langsung tak ingat pasal kau.

Sekarang ini bila mak aku asyik bising suruh kawen, aku tak kisah dah. Sebab aku tahu diri aku still belum sedia nak pikir pasal Kawen. Ingat kawen tu senang. Aku tengok and baca kisah orang dah kawen aku plak seriau. Dan PARANOID aku datang balik. hahaha (Macam mana kalau aku kawen macam ni...bla bla bla bla)

Bonding

Bila naik kereta dengan Ayah berdua.
Ayah banyak luahkan pasal masalah dia.
Itu pung bila gua korek-korek.
Kena pandai korek kalau dengan Ayah ni sebab dia jenis tak suker cerita masalah die.

Kadang-kadang nak tolong pung tak mampu.
Mampu dengar je.
Gua tak sabar nak habis belajar.
Nak tolong ringakan beban Ayah supaya die tak payah tanggung hidup gua lagi.

Sejak buka bisnes sendiri memang susah nak jumpa Ayah.
Tapi itu impian Ayah.
Mungkin impian daripada kecik.
Orang kata bersusah-susah dahulu.
Tapi gua tengok Ayah dah banyak susah.

Ayah boleh pilih untuk kerja dan hujung bulan dapat beribu-ribu.
Tapi dia pilih untuk usahakan bisnes dia.
Yang pasang surut tu.
Yang buat die tak duduk diam.
Uban pung makin banyak.



Post ini ditulis pada waktu belajor dolu,
Sekarang dah kerja, Alhamdulillah