Tuesday, August 18, 2015

salah

Hari ini aku dah buat kesilapan yang bodoh dekat opis.
Dan mendatangkan marah untuk yang lain.
Waaaaaa.....
Aku tahu silap aku jugak.
Tapi macam terkejut lah.
Sebab diorang marah aku.
Sebab diorang jarang marah aku.

Nampak tak, maknanya kesalahan aku boleh jadi besar jugak lah,
Sebab menyusahkan orang pulak.

Haihhhh!!
Macam mana lah aku boleh buat keputusan bodoh tu.
Tulah selalu sangat tengok runningman dekat opis.

Selalunya benda kecik yang kite pikir remeh sebenarnya tak remeh untuk orang lain.
Kan.Kan.Kan

Waaaaaaa..........takut jugak nak hadap diroang ni bila dah marah

Wednesday, August 5, 2015

gee.ae.es.tee.ar.ai.kay

Aku ni memang jenis tak sabar.
Contohnye macam hari ini aku bawa bekal.
Lepas itu akan tak sabar nak makan bekal aku.
Tak kisah lah apa benda pung yang aku bawa.
Even kadang-kadang aku dah kenyang pung.

Nampak sangat diri ini memang tamak haloba, gelojoh semua.
Sebab dulu First time aku kena gastrik sebab banyak makan lah.
Masa tu, aku baru lepas makan tak silap.
Lepas itu, aku ada nampak Magi singapore ke hape ntah.
Macam kari bersantan ke hape.
Di sebabkan aku jenis tak sabar, aku buka dan makan.
Dan end up, aku muntah-muntah dan angin satu badan.
Masa tu, aku salahkan santan dalam magi tu, padahal aku tataw itu santan ke tak.
Bila pikir balik ada ke orang letak santan dalam mi segera.

Dulu, aku tataw GASTRIK tu macam mana. Dan aku tak percaya aku ada GASTRIK.
Selepas dah banyak kali asyik kena benda sama.
Baru aku percya bahawa GASTRIK tu sekarang dah sebati dengan aku.
Sampai dulu masa aku kerja Panasonic, aku benci datang kerja.
Aku akan bagi alasan GASTRIK.
Tapi memang tiap kali kalau aku bagi alasan itu, GASTRIK tu selalu datang.
Sebab aku dah taw macam mana nak buat dia datang.
Penyakit ni boleh datang bila:

1) Makan banyak
2) Jangan tidur satu malam
3) Jangan makan
4) Makan benda pedas dan masam berlebihan
5) Stress *Doktor yang cakap

Dan selalunya GASTRIK ni datang bila aku MAKAN BANYAK.
Sebab aku memang tak boleh lawan Nafsu makan aku terhadap makanan yang sedap.


Monday, August 3, 2015

Dulu vs Kini

Semalam buat kenduri untuk orang pergi haji.
Penat bukan main lagi.
Sakit-sakit badan semua

"Esok kau tak payah pergi kerja lah"
"Suka-suka kau je kan. Walaupung dulu orang suker ponteng kelas. Tak pergi sekolah, tak pergi kelas. Tak semestinya masa kerja orang buat camtu jugak taw"

Dulu masa aku sekolah or belajar.
Aku memang tak suker pergi sekolah.
Pagi-pagi cakap pening kepala sikit, dapat lah cuti.
Itu kalau bertuah,
Kalau tak bertuah memang kena maki lah.
Disebabkan masa tu, Ibu memang tahu sakit itu adalah dibuat-buat. Lagilah dia kerah kita buat macam-macam.
Aku bukannya tak pergi sekolah yang jenis 'ponteng' tu, tapi lagi suker duduk dekat rumah membuta.

Lepas itu, masa time belajar dekat Universiti, memang tak pergi kelas tu pung dah sebati dalam jiwa aku.
Dan selalunya aku yang akan ajak orang unuk tak pergi kelas.
Aku tak tahu kenapa aku camtu.
Nak kata aku tak suker belajar pung ada gak.
Sebab itu result aku tak ada lah elok mana.
Tapi Alhmadulillah, aku dapat kerja based on aku punya kelulusan.

Sebab aku tahu, result aku tu tak seberapa, so aku kena build attitude dalam diri aku.
Masa interview memang confiden habis-habis, macam result gempak je.
Lepas tu bila dah dapat kerja.
Tengok runningman bila tak ada kerja (Bila tak ada kerja hokey).
Habislah bulan ni kena AUDIT.
Tapi sejak aku kerja, jarang sekali lah aku nak buat EL ke.
Mungkin sebab aku tak ada anak lagi kot.
Dan kerja pung tak sampai setahun jagung.

Tapi based on my cerita ni, just nak sampaikan yang TAK SEMESTINYA KALAU DULU KAU TAK BERJAYA SAMPAI KE SUDAH KAU TAK BERJAYA! Tetiba plak. Sendiri yang malas pergi kelas dulu.