Thursday, April 30, 2015

Esok Cuti

Harini opis sunyi giler.
Bos aku duduk dalam bilik senyap je.
Stanley pulak dok klik klik klik klik.
Tengok benda lain lah tu.
Danny keluar pergi pasar.
Pastu die balik rumah lah tu.
Saiful keluar pergi Chow Kit.

Bosan lah pulakkkkkk...
Dia plak tade kat opis.
Apalah masalah aku ni.

YAY!! Esok Cuti. Aku ajak sumer orang mandi sungai, semua orang tanak.
Bukannya aku nak mandi sungai sebab ritu mak aku mimpi jodoh aku dekat sungai.
Tapi aku rasa nak main AIR!!!

Bestnya bile ingat memori masa mandi-manda dengan geng kat kampar

Wednesday, April 29, 2015

yesterday

Semalam masa aku keluar lunch dengan kawan aku, aku tanya dia pandai masak apa.
Dia pung cerita lah apa dia pandai masak.
Ktorg siap cerita pasal bahan bahan apa ntah.
Pastu kawan aku sorang ni tanya macam mana nak masak nasi bagi ngam2.
Pastu ktorg pung cerita lah macam mana.

Bila habis lunch time.
Masa aku dok opis, aku dok pikir balik,
Kenapa aku tanya dan cerita dekat diorang macam aku ni LELAKI.
Cerita pasal masak tapi bukan cerita pasal kongsi resepi ke hape.
Tapi cerita pasal orang bujang masak.
Tahu masak ape.
Tak reti buat tu.
Tak reti buat ni.
Lagipung aku bercerita dengan LELAKI-LELAKI yang bujang yang sekurang-kurangnya diaorang tahu masak.

Aku ni perempuan tapi cerita macam tak pandai masak langsung.
Whatever lah.
Tapi sebenarnya aku RETI je masak cuma bile orang tanya resepi aku taley nak flashback sebab aku main campak2.

Aku rasa lepas ni bila orang tanya macam mana nak buat asam pedas, Aku boleh bagitahu resepi yang sebenar-benarnya...

HAHAHAHAHA

Thursday, April 23, 2015

melting

Haih!! Melting kot bile tgk die SENYUMMMMMMMM..
HAHAHAHAHAHAHA.
Teringat Abang Senyum suatu ketika dulu.

Monday, April 20, 2015

Bedtime Stories

Setiap kali anak buah aku tido rumah, dia akan suruh aku ceritakan pape cerita untuk diorang. Ala macam mat salleh bg bedtime stories dekat anak-anak diorang tu. Tapi aku yang belum bergelar mak ni kena bagi bedtime stories dekat ANAK-ANAK buah aku.

Aku tak tahu macam mana boleh start dengan bedtime stoly ni. Maybe masa aku start malas nak layan diorang bila diorang suruh buatkan khemah. Dulu aku rajin buatkan khemah diorang. Tapi bila aku rasa benda tu macam merepek, sebab bila aku duduk bawah tu, aku rasa panas. Dan pernah sekali bila kau baring bawah khemah tu dengan diorang, tiba-tiba aku terhidu bau yang kurang enak. Rayyan kentut. Sabau jelah.

So, setiap kali sebelum tido ramai2 diorang akan panggil

"Aunty min.... cepat lah cerita!!!"
"Aunty min...nak cerita belalang"

Cerita belalang ni memang berpuluh2 kali aku cerita sampai tiap kali aku cerita aku kena tukar2 sebab aku yang Bohsan. Biasalah budak2 ni dengar cerita yang sama 88 kali pung diorang ok je.
Macam cerita SupergameBoy. Ceria popstar.

Adik Tembam : Aunty Min..cerita pasal orang tamak..

Aku pung cerita lah....

Adik Tembam : Aunty min, cerita pasal orang bohong..

Aku pung cerita sampai satu part tu...

Aku: Lepas tu, mak dia pung suruh call Bomba......Rumah terbakar panggil bomba..(Nyanyi). Adik sambung..

Adik Tembam : Bomba datang berlumba-lumba.....

*Senyap

Aku : Adik sambung lah lagi..

Adik Tembam : Adik tak tahu

Aku : Anak kambing patah kaki.. * nak sambung tiba2 tak teringat

Adik Tembam : Anak kambing pandai menari..


Friday, April 17, 2015

17042015

Semalam masa department meeting, perut aku lapar.
Macam2 bunyi keluar.
Aku tanya kawan aku dengar tak perut aku bunyi.
Dia kata tak dengar.

Sekarang ini aku tataw apa aku nak letak dekat minit meeting sebab semalam aku terganggu dek kerana perut aku yang berbunyi.

Memang aku tak fokus habis kot.

Menyesal tak sudah. Dok tahan lapaq. Buat malu je.

Btw, aku rasa memandangkan opismate aku semuanya adalah lelaki (dept aku), aku rasa as perempuan aku jarang menunjukkan sangat sifat kepermpuanan aku.

Meja bersepah.
Selamba je sedawa depan diorang.
Gelak memang tak cover.

Tapi aku rasa, memang dekat sini lah aku BANGGA, aku boleh jadi diri aku sendiri.


*clap *clap

Friday, April 3, 2015

Makin dekat makin jauh

Kadang kadang ada satu masa, lidah kita kelu nak berkata-kata, Bersuara. Semakin dekat kau dengan aku. Semakin banyak yang aku luahkan. Terhembus keluar isi yang lain. Aku diam. Terlalu banyak isi yang aku simpan. Tapi aku diam. Aku tahu. Kadang-kadang, bukan niat untuk sakitkan hati. Bukan niat untuk berbalah. Langsung tak. Tapi aku tahu, semuanya terlalu perit. Dan aku tak sampai hati. Aku diam. Suatu hari, mungkin Kau Betul. Aku Salah. Kau Salah dan Aku Betul. Tapi suatu hari tu akan datang bila semua tu kita tempuh. Naik bukit. Turun Bukit. Lorong Sempit. Pagar Elektrik. Semak. Curam. Kau yang tempuh. Doa aku agar kau kuat, kau sihat, kau tabah, kau redha dengan jalan yang kau pilih, kau bahagia.

Jumaat

Perghhh...
Minggu ni rasa bz sangat sebab banyak dateline yang kena kejar.
Hamek kau!!!
Selalu bising2 bosan lah, tade kerja lah.
Sekarang ni bila ada kerja baru tahu.

Sekurang-kurangnya aku tahu gaji aku berkat untuk beberapa hari ni.
HAHAHAHAHA.




Wednesday, April 1, 2015

SUKASUKER

Bila kau baca tulisan kau yang tak matang dan gedik mengada gada, kau akan termalu sendiri.

Malunya bila baca tulisan dulu-dulu.