Wednesday, February 25, 2015

Please please please....

Kenapa harini masa berlalu dengan lambatnya.

Bila tertengok jam baru pukul 10.50am...

Arggggggghhhhhhhhhhhhhh

Aku mengantok ni, walaupung ada kerja.


Tuesday, February 24, 2015

Passion fruit masam-masam manis gitu

Sebenarnya gua rasa gua dah jumpa passion gua selama ini.
Bila buat benda tu gua jadi happy.
Tensen pung ade gak.
Tapi kalau dah itu passion gua, bila buat pung tensen tu hilang bila tengok hasil
Dan kita akan buat benda tu dengan bersungguh2.

Macam passion seseorang itu adalah Mengajar.
Jadi mestilah dia gembira bila die dapat mengajar.
Dan dia akan buat dengan bersungguh-sungguh.

Oleh itu, gua rasa gua boleh merealisasikan 'sesuatu' itu. Tapi memandangkan benda itu hanya ada dalam otak, so tunggu jelah.

YAY! Dapat ANGPOW!!


p/s:

Gua tataw kenapa gua rasa macam ayat gua sekarang ni dah tunggang terbalik macam tade rasa nak menaip tapi macam rindu nak menaip. Jadi ayat dan post pung macam melepaskan batuk ditangga.

Monday, February 23, 2015

Monday BLUES

Seperti biasa.
Pagi2 selepas cuti raya cina dah terpacak depan opis.
Harini macam luar biasa sikit sebab sampai opis dalam pukul 7.45am
Dah semestinya pintu beso tu pung tak bukak lagi.

Ada orang ajak gua g brekpes tapi memandangkan perut gua still sakit sejak semalam tu.
Gua tolak.
And she was suprised.
Satu dunia terkejut bila Yasmin menolak pelawaan untuk pergi makan.
Lagi2 makan brekpes.

Tapi tadi disebabkan pintu beso masih tutup pergi jugak lah beli kuih dan order limau ais bagi masam-masam sikit tekak ni ha.
Pastu dok makan kuih dan minum air sampai pukul 8.05am.
Makan sorang-sorang sambil godek2 INSTA. (Orang yang pelawa tu dah tarik balik pelawaan die).
Yup.
Gua memang boleh duduk sorang2 or makan sorang2 ASALKAN ada hp/gadget/majalah.
Mungkin sebab dah biasa menunggu.
Masa tu kalau gua tengah membaca, memang gua boleh fokus.
Boleh baca dari kulit ke kulit.
Tapi kalau nak suruh gua baca sekarang ini, memang HAMPEH.
MALAS.

MOOD KERJA TOLONGLAH DATANG. MENTANG2 BOS CUTI. TAPI ALHAMDULILLAH BOS CUTI. TADE LAH TERASA SANGAT MONDAY BLUES TU.

Kenapa tetiba rasa kekok menaip ni. Tade mood nak ber-blog ar tu.