Tuesday, November 1, 2016

Cerita dan penceritaan

Kita suka bercerita pasal orang.
Kita suka bercerita pasal cerita orang.
Kita suka bercerita pasal cerita yang orang ceritakan.

Kita itu manusia. Aku manusia. Kau pung manusia.
Masing-masing ada topeng.
Masing-masing ada peranan dan fungsi.
Kau gelap. Aku cerah.
Kau tinggi. Aku rendah.

Tentang fizikal manusia kau ceritakan.

Kau baik. Aku jahat.
Kau pandai. Aku bodoh.

Tentang perangai manusia kau ceritakan

Kau tahu tak? Sekarang ini,
Gelap boleh jadi cerah.
Rendah boleh jadi tinggi.
Ubat. Makanan tambahan. Melambak lah.

Kau tahu tak? Sekarang ini,
Jahat boleh jadi baik.
Bodoh boleh jadi pandai.
Akal. Hati. Perasaan. Bila-bila masa je.

Kita sibuk bercerita pasal orang lain.
Kita sibuk bercerita pasal cerita orang lain.
“Eh betul ke?”
“Sahih ke tak?”
“Hukuman fitnah tu lebih teruk dari membunuh”


Kau tahu. Aku tahu.

I wish

Bunyi air terjun tu menenangkan.
Batu-batuan yang basah.
Pokok-pokok yang melambai.
Sejuk.
Tapi sejuk yang menenangkan.
Sekali sekala terasa percikan air terjun ke muka.
Beberapa ketika, aku menjerit semahu-mahunya.
Harimau pung terkejut.
Apa lagi binatang-binatang kecil.

“Dah lega?”
Aku mengelengkan kepala.
“Lepaskan je”
Aku mengangguk faham.

Aku menjerit.
Tapi tak ada suara yang keluar.
“Cuba lagi”
Aku mencuba.
Cuba.
Cuba.
Cuba.
Puas aku mencuba.
Tetap tak keluar.

“Lepaskan aku kata!!”
Aku menangis.
Menangis.
Dan menangis.
“Dah lega?”
Aku diam.
Aku kesat air mata aku.
Diam.
Tarik nafas sedalam-dalamnya.
Senyum.
Aku mengangguk.

Terimakasih Tuhan. Kau beri aku rezeki yang tak putus. Kau beri aku hati yang sentiasa sabar. Kau beri aku kasih sayang yang tak pernah pudar. Kau beri aku nikmat yang tak pernah kau persoalkan. Kau beri aku jiwa yang sentiasa ada. Kau beri aku semangat yang tak pernah hilang. Kau beri aku kesabaran untuk aku hadap semua maknusia dekat dunia ini. Kau buang kebencian aku pada maknusia lain.


Hidup memang kena give and take. Tapi jangan harap orang untuk memberi. Jangan sekali kali berharap. Bila kita memberi, berilah dengan ikhlas. Jiwa yang ikhlas. Hati yang ikhlas. Biar kita memberi. Jangan sekali-kali mengharap balasan. Tak salah berharap. Tapi bila kita berharap dan harapan itu tiada. Hati jadi tak ikhlas. Kebencian datang. “Elok-elok dapat pahala..”. Sebab tu orang cakap “Jangan samakan level orang tak bertamadun tu macam diri kau sendiri”.



Kan aku dah cakap jangan berharap.

Tuesday, October 18, 2016

lost

Bukak documents dalam words.
Otak melayang ke lain.
Tenung je first page tu. Ayat panjang aku nk baca.
Otak ke lain..
Sekurang-kurangnya bos aku kat belakang ni nampak aku baca something.
Selepas tersedar dari lamunan.
Baru perasan.
Deutcsh.


Sabar jelah.
You are stronger beb. Kau dah penah bangun. Kali ni pung kau boleh bangun.
You are strong.
You are strong.

Kau nak masuk dalam bilik kosong tu.
Gelap.
Kecil.
Tiada manusia.
Sunyi.

Kaki kanan melangkah.
Suram.
Kau langkah kaki kanan kau ke belakang balik.
Kau tahu kau tak boleh.
Kau tak sanggup.
Kau tak kuat.

Tolong tarik aku jauh dari bilik kosong tu.
Gelap.
Kecil.
Tiada manusia.
Sunyi.
Suram.

Tuesday, September 27, 2016

Perubahan

Aku rasa dah lama aku tak menaip dekat sini sejak aku kena tukar department.
Nak tengok Beautifulnara pung tak sempat.
Runningman apatah lagi.

Nampak sangat lah kerja sebelum ni memang KAU RELAKS je kan.

Ada Pros and Cons.
Tapi kalau mood aku baik, aku amek as postitive,
Kalau tiba-tiba hormon tak stabil, aku jadi negative,
Biasalah maknusia mana yang sempurna,
Cehhhhhh..

Sebenarnya tak ada benda pung aku nak cite, tp td aku baca post lama, aku rasa macam RINDU...
Rindu sangat nak menaip.

Macam harini, aku rasa macam MONDAY BLUES.
Sebab harini baru masuk ofis.
So aku malas nak buat kerja.
Padahal Kerja menimbun banyak.
Lepas tu, kau asyik Rindu orang yang dekat je.

Aku rindu kehidupan lamaku.

"Dulu masa tak banyak kerja bising. Dah banyak kerja pung bising gak"
-Maknusia tak sempurna

ALASAN~

Happy

Kadang-kadang kita lupa nak Gembira.
Kadang-kadang kita lupa cara nak Gembira.

Ada sesuatu yang buat dia lupa.
Gembira untuk setiap orang maksud dia besar.

Kau dah jumpa Gembira kau balik.
Kau rasa itu yang buat kau GEMBIRA.
*Senyum
*Senyum
*Patah balik.

Bukan Gembira itu yang kau cari.
Aku harap kau jumpa balik Gembira kau tu.
*Senyum



Wednesday, August 24, 2016

BEST THING

Benda paling BEST bila hujung bulan adalah bila terjumpa duit.
Masa itu baru tahu Hikmah Dhuha, Al Waqiah, Ar Rahman

Tak pernah rasa susah bila tak ada duit.
Tak pernah putus rezeki datang.
Ini serius!

Geram

Perlu ke letak gambar orang lain?

Malas den nak pikior.

Monday, August 8, 2016

Time

Kesian blog ni, nampak sangat bila aku stress baru aku cari die.
Lagi stress bila aku taip pakai iPad pastu dia asek kuar auto correct
Aku stress
Poyo je nak stress bagai, macam masalah besar sangat je

Sekarang kurang nya aku lega lah sikit bila aku cerita kat kau ye
Sekarang kurang nya aku tahu kau memang tak boleh respon pung, Aku tak harap kau respon.
Sekarang kurang nya aku tahu aku tak bercakap dengan orang.
So kau terima jelah apa yang aku nak luahkan. Ok.

Pagi ni, aku pergi opis, macam macam benda jadi.
Tapi aku tak tahu kenApa aku tak rasa pape.
Tak rasa sedih.
Tak rasa penat.
Aku seronok, macam beban tu dah pergi.

Aku tengah merangkak, dan daripada situ aku belajar untuk berjalan.
Dan pada waktu tu aku perlukan orang untuk pimpin aku.
Dan bila aku jatuh. Dia akan sambut aku.
Yang boleh pinjamkan bahu bila aku menangis.
Setiap saat aku jatuh dan menangis.
Dia tak berhenti untuk cakap benda yang sama.
Setiap saat. Setiap minit. Setiap jam. Setiap waktu.
Dia ada dekat situ.
Setiap kali mata aku mula nak berkaca, dia seka air mata tu dari jatuh.
Dia tenangkan hati aku.

Aku tak Mintak dia ada dengan aku selalu, tapi aku harap dia ada waktu aku perlukan dia.
Waktu aku jatuh.
Waktu aku lemah.
Waktu aku tarik nafas yang panjang, kawan.
Waktu aku kata aku tak perlukan kau.
Waktu aku kata aku lapar, dia belikan aku makanan yang aku nak.
:)





Lari

Kalau boleh aku nak lari.
Kalau boleh.

Tapi sejauh mana aku boleh LARI.
Sebab aku tak tahu sejauh mana kemampuan aku.
Keberanian aku.
Keyakinan aku.

Sekarang aku tengah LOST.
Macam-macam otak aku fikir.
Otak aku suruh LARI. BERHENTI. DIAM.
Itu bukan OTAK.
Tapi HATI.PERASAAN.

Hati kau dah penat nak suruh jaga.
Tolong jaga HATI sendiri.
Kalau rasa tak boleh.
LEPASKAN.

Tengok, kau taip benda ini pung. Kau tak lepaskan. Sebab kau pung nak jaga hati orang.
Tapi HATI kau sendiri kau biar menjerit, menangis.

Orang kata soal hati jangan main-main.
Kau sendiri tak tahu apa hati kau nak.
Lepas itu, kau sibuk nak tanya hati orang lain.

"Kau tak bersedia lagi tu"



Sunday, August 7, 2016

Kl sentral 11:00

Pandangan aku kosong lagi
Masalah aku adalah aku tak boleh keseorangan.

Kalau kau nampak budak pakai tudung kuning.
Duduk tepi tiang
Duduk melunjur kaki
Kasut tinggi die letak kt tepi
Dia tengah berkaki ayam sekarang ni
Duduk tak sopan
Depan orang lalu lalang
Beg bersilang
Minum air chatime mango smotea
Pandangan die kosong
Budak tu tgh mengalami tekanan perasaan

Jangan tegur die
Jangan pandang die
Mungkin tu treatment untuk tekanan perasaan die.

Let her be like that.
She dont need anyone

Tuesday, August 2, 2016

Penat

Aku tak pernah rasa stress macam ni
Yang mana bila aku termenung, air mata aku sibuk nak mengalir.
Bila aku pandang sesuatu, aku pandang dengan pandangan kosong.
Bila aku fikir sesuatu, aku rasa otak aku dah tepu.
Aku rasa macam tak boleh nak hadap semua benda.
Sampai macam2 sakit tiba2 datang, macam nak tambah lagi kesakitan kau.

Aku tak tahu lah aku ni kuat ke tak.

Friday, July 29, 2016

berat

Aku ni lemah sangat kan.
Lepas tu at last aku yang terseksa.
Menangis sorang-sorang.
Nak bagitahu orang lain pung,
Aku tahu masalah ni datang daripada aku sendiri.
Sape suruh aku ni Lemah sangat, Baik hati sangat

Thursday, July 28, 2016

This morning

*berdenyut
Tiba tiba rasa ringan. Tapi masih terngiang2.
Macam puting beliung dia terus ke dalam.
Semua ditepi dia tolak. Tak peduli.
Sampai di akar.
Berhenti.
Di situ kosong. Tak ada benda nak fikir.
Ringan.
Benda yang diketepikan tu masih memanggil2. Tak peduli.
Sebab dia tahu ringan tu sekejap je.


Ringan.


Sekejap je rasa ringan tu.


Tuesday, July 12, 2016

True love

Saya ada seorang kawan.
Baik. Cantik. Pemurah. Penyayang. Suker tolong orang. Pandai jaga hati orang.
Tapi suatu hari,
Dia dah penat jaga hati orang.
Dia dah penat tolong orang.
Dia jadi pemarah.
Tapi dia tetap baik.
Dia tetap Cantik.
Dia tetap pemurah.
Dia tetap seorang yang Penyayang.
Dia masih tolong orang.
Dia masih cuba nak jaga hati orang.

Awak, saya tak tahu kenapa harini saya tiba-tiba teringat pasal awk. Mungkin sebab tiba-tiba memori lama tu macam jenguk saya disebalik tingkap (Takut tak??) Or mungkin sebab saya rindu dekat awak.

Perangai saya berubah. Perangai awak berubah. Tapi awak tetap orang yang sama. Awak tetap awak yang saya KENAL. Hubungan kita tetap macam kali pertama kita bertamu mata (hahaha)

Saya tahu dah banyak ujian yang awak dapat. Awak bukan sengaja nak berubah. Tapi sebab benda-benda yang tak patut, buat awak berubah. Saya tak tahu awak sedar atau tak. Saya Cuma harap suatu hari nanti, awak akan nampak jalan untuk masalah-masalah awak. Saya tahu saya tak boleh nak tolong sangat. Walaupung saya ni kawan awak. Patutnya saya boleh tolong awak. SEBAB bila saya ada masalah, saya selalu CARI awak. Dan masa itu awak macam DORAEMON cuba keluarkan alatan-alatan awak untuk tolong saya. Lepas dapat semua benda itu, saya akan lupakan DORAEMON. Perangai NOBITA saya keluar.

Saya minta maaf kalau saya tak ada di sisi awak when u really need someone. I know u always keep your feeling inside. Dalam dalam. Supaya tak ada orang yang dapat KOREK, BACA, GALI termasuk saya. YES.  Awak Berjaya!! Tapi saya nak bagitahu. Jangan simpan TERLALU DALAM. Nanti awak SAKIT. Sakit ini tak boleh tanggung sorang-sorang. Sebab nanti lagi bertambah SAKIT.

Saya rindu awak!! Bila kita nak jumpa ni?? Tak akan nak tunggu Tahun 2020 kot. Sibuk memanjang mengalahkan menteri.




Hijau jalur putih

Dulu masa aku belajar dekat Kampar,
Aku ada satu buku kecil. Tak kecil mana. Tak besar mana.
Cukup muat untuk aku letak dalam bag tepi aku.
Aku balik rumah.
Aku pergi kelas.
Aku bawak buku tu bersama.
Masa itu aku berjalan seorang.
Balik rumah seorang.
Aku suka coretkan dalam buku tu.
Tak banyak yang aku coretkan.
Cuma benda-benda yang aku suker merepek dekat blog dulu.
Aku tulis dalam buku itu.
Aku suker perhatikan maknusia –maknusia yang aku jumpa dan nampak.
Sebab masa itu. Aku banyak keseorangan.
Seronok.
Sekarang ini, aku rindu waktu itu.

Lepas aku tak keseorangan. Aku lempar buku tu dekat tempat lain.

I

Mata tertumpu pada tv.
Tangan pulak sibuk mengibas-gibas kain batik sambil duduk bersila.
“Aduh!!” , *Sambil menepuk peha yang tiba-tiba terasa macam di gigit semut.
Mata terus mencari gerangan si semut tetapi ternampak si labah-labah terkedek-kedek jalan.
“Macam mana kalau aku kena gigit labah-labah??..Spiderwoman??? Huh..merepek lah” kata-kata tu bermain dalam fikiran

Esok pagi.
Capai towel.
Pergi toilet.
Tengok diri dalam cermin.
Jelas. Terang. Nyata.
Pegang muka. Tak ada spek.
Buka mata guna jari. Takut-takut ada contact lenses lagi.
Ilek..
“Labah-labah!!!” *Terus terkaku.
“Kalau macam tu mesti aku ada kuasa labah-labah” *Try buat gaya tangan spiderman
“Tak ada pung saranghae”, *hampa.
Mandi macam biasa. Tapi otak ligat memikior nape mata aku TAK rabun.
Fikir. Gosok Gigi. Fikir. Cuci Muke. Fikir. Mandi. Fikir. Mandi. Fikir. Lap badan. Fikir. Keluar toilet.
Hati gembira bila tengok sekeliling.
Jelas. Terang. Nyata.
*Senyum
*Senyum
*Senyum

“Kak min!!! Kau kenapa sengih-sengih? Cepat bangun!! Harini kerja.” * Tersentak
*Buka mata.
*Hampa

*Sedih.
* Jika aku seekor kura-kura.

Friday, July 8, 2016

Hati

Aku tak tahu apa kena dengan aku harini.
Fikir banyak sangat.
Pastu nages banyak sangat.

Hormon tak stabil lah ni.

Tak best

Sekarang ini aku stuck dekat rumah nenek aku.
Bosan.
Tade buat ape.
Tamu pung tade.
Then aku start overthink.
Paranoid aku dtg balik.
Perasaan paranoid ni sungguh tak best.
Aku tak sure lah paranoid ni perasaan ke hape tapi benda ni langsung TAK BEST.
Sebab bila aku terfikir something nnt air mata aku bercucuran.
Not best at all.

Sume sebab aku suker overthink sgt.
Family. Relationship. Work. Life


Bila dah hujung2 ni perasaan takut tu mcm teruk sgt.
Rindu AyahIbu.