Friday, February 5, 2016

pray hard

Kadang-kadang bila ada benda nak berkongsi.
Tak ada depan mata.
Bila dah ada depan mata.
Hilang semua benda nak bercerita.

Basically, company aku sekarang ini macam dalam fasa untuk stabil.
Disebabkan satu orang punya angkara.
Macam-macam dah jadi.
Ada pros and cons.

Dan sekarang aku kena tengok nasib aku macam mana.
Kalau ok. Aku stay.
Kalau Tak. Masa je yang menentukannya. Cewaaahhh.

Tapi sungguh aku aku tak berani nak blah, sebab so far benefit dekat sini memang ok.
Cuma certain time ada benda-benda yang kau kena hadap.
Whether you want to take it or leave it bebeh.

 So just wait and see


Tuesday, February 2, 2016

tamatlah riwayat

OMG....
Seriously???
Diorang dah block semua kot.

Tidakkkkk!!!!!!

Tuesday, January 19, 2016

Dulu vs Sekarang

Sekarang ini line clear sebab sume orang dah menghilangkan diri.
Outstation g Kuantan je pung.
Dengan orang belakang aku sekali ikut.
Apa lagi??? HAPPY lah.

Hanya Kubota-san yang baik hati je yang teman aku kat opis la ni.

Back to the main topic, aku perasan yang aku dah banyak berubah. Terutamanya bab makan

1) Dulu aku cukup benci makan telur. Aku hanya akan makan telur putih dan telur kuning tu, aku akan pass dekat orang lain vs Sekarang, aku dah suka telur. Aku lagi suka makan telur kuning daripada telur putih. Lagi2 bila telur kuning tu cayerrrrr. Hati pung terus cayerrr.

2) Dulu aku tak makan ikan keli or ikan patin. Memang geli lah. Lagipung mak aku tak suka so dia tak pernah masak dan family aku pung tak suker vs Sekarang aku suker makan binatang dua ekor tu. Lagi2 kalau dapat dengan tempoyak. Siapa lah yang nak teman aku makan la ni...

3) Dulu aku cukup tak suka makan roti berintikan jem jagung vs Sekarang seminggu sekali mesti aku makan roti berintikan jem jagung tu. Sedap pulakkk lahhh.

Sebenarnya banyak lagi kot benda yang dulu aku tak makan, tiba-tiba sekarang ni aku jadi suka pulak. Sebab tulah aku rasa dulu aku kurus sebab makan cerewet. Sekarang makin gemokk sebab sekarang ni semua benda aku telan. Aku kunyah dulu sebelum telan. Tapi mungkin kunyahan aku hanya 3 kali.HAHAHAHAHA.

So, itulah ceritanya macam mana aku boleh GEMOKKKKK. Sekian

Thursday, December 17, 2015

I found my self somewhere.....

Sekarang aku kembali membaca CONAN.
Persetankan (nak jugak guna perkataan ni) orang Japang dekat belakang aku ni.
Suka-suka aku je kan nak baca CONAN depan diorang.

Aku membesar dengan cerita-cerita detektif, masa sekolah rendah aku suker baca Penyiasat Remaja  yang dengan kawan-kawan dia tu. Lepas itu aku berhenti baca buku tu sebab aku TAK SANGGUP dan MALU dengan penjaga perpustakaan itu sebab aku selalu hilangkan dan tak pulangkan buku. Sampai die telefon dekat rumah suruh bayar denda yang berpuluh-puluh ringgit (macam mana nak bayar balik eh sekarang ni? sebab perpustakaan tu dah tutup) tapi still aku tak bayar sebab aku tak ada duit masa itu, dan aku merahsiakan hal ini daripada kedua orang tuaku.

Selepas itu, Abang aku beli buku Detektif Conan. Sejak dari hari itu, aku sudah mula minat Detektif Conan dan sering ternanti-nanti akan keluaran terbaru buku itu. Tetapi, disebabkan susah untuk mendapatkan keluaran terbaru, aku sudah berhenti membeli komik Detektif Conan. Memang susah hokey nak cari buku ni dekat kedai buku. Selalu yang banyak adalah episod-episod lepas dan copy cat. Aku tak suka baca buku yang dikopi itu.

Aku layan gak Penyiasat Q  dengan Kindaichi tu. Tapi sebenarnya aku rasa aku STOP baca komik-komik ini lepas Abang aku tak MAMPU  (MALAS) lagi nak beli komik sebab dia layan dekat mangaonline je. Dan aku pulak, masa itu tak suker baca komik Online. Lagipung, masa aku start baca Detektif Conan, aku baca versi Bahasa Malaysia. Bila, kena baca Online versi English, aku macam tak hadam sangat apa yang aku baca.

Kiranya sekarang aku dah terer lah baca versi English ni..sebab tu dah boleh layan balik.

*Orang PENAKUT macam aku ini, tetap tak berani nak membaca buku ni bila sorang-sorang,


*
Haritu masa aku makan dekat POCOBOX, aku ternampak buku Detektif Conan dekat rak buku dia, Lepas aku baca tu, terus RINDU.................................nak baca balik..

What to do?

Kenapa sekarang ini aku rasa macam bosan dengan semua benda.
Aku bosan dengan FB, aku deactivate FB
Aku bosan dengan Instagram, aku uninstall Instagram.

Bila tak ada dua-dua, aku rasa aku still bosan.
Sekarang mungkin masanya aku berfikir untuk cari or buat sesuatu.
Impian aku adalah untuk travel.
Tapi aku rasa, komitmen aku sekarang ini (du...du..du..it) macam tak mengizinkan aku Travel dalam negara dan luar negara.
Dan kehidupan aku yang tak ada lesen ini, buat aku rasa macam patah kaki.

Kadang-kadang tak tahu nak kejar ke tak.
Kadang-kadang banyak benda aku nak cuba nak try.
Tapi aku tak ada medium yang betul.
Dan kawan-kawan aku pulak masing-masing dengan kehidupan dan masalah diorang sendiri.
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Cepatlah!!!! Amek LESEN!!!!
Tapi, sekarang ini aku rasa macam takut nak amek lesen.
Takut hari minggu aku tak MELEKAT dekat rumah.
HAHAHAHAHA.

Padahal dah selesa pergi kerja, balik kerja, pergi jalan-jalan orang bawak.

The END

Aku ada perangai yang, bila aku ingat something aku rasa nak menaip. Lepas itu aku dah taip. Tengah-tengah itu aku LOST. Aku save dalam draft. Then aku biarkan, mungkin sampai tahun 2020, aku akan baca dan cakap dekat diri aku sendiri "Tak matang betul. Entah apa lah aku nak cerita time ni". Buang

Wednesday, December 9, 2015

langit mendung

Orang kata, langit tak selalu cerah.
Kadang-kadang kita kena dapatkan berita buruk untuk diri kita jugak kan.
Selalu dengar berita buruk daripada orang lain je kan.

I hope it won't END like what I'm thinking right now.
Or else..

But I'm really sure it will be like that...

Tuesday, November 24, 2015

Hikmah

Kadang-kadang bila kau jatuh,
Ada hikmah kenapa kau jatuh.
Kadang-kadang bila kau berjaya.
Ada hikmah di sebalik kejayaan itu.

Kadang-kadang bila kau jumpa dengan orang yang baik.
Ada hikmah kau jumpa dengan mereka. *Senyum
Kadang-kadang bila kau jumpa dengan orang yang tak baik.
Ada hikmah disebalik perjumpaan itu.

Kalau kau sedar semua benda yang berlaku itu ade hikmah,
Tahniah dekat diri kau sebab Kau tolak benda negatif dan kau ambil semua pengalaman baik buruk sebagai benda yang positif.

Tahniah!!


Thursday, September 3, 2015

Friday night

Harini aku HALF-DAY sebab nak settle kan hal dekat BANK.

Tetiba je.

Inilah nasib orang tak ada lesen. Patutmya boleh je keluar pukul 1.
Tak pasai-pasai kena tunggu lagi berapa minit.
Tunggu drebar datang hamek.
Begitulah nasib orang yang tak ada lesen.