Sekarang aku kembali membaca CONAN.
Persetankan (nak jugak guna perkataan ni) orang Japang dekat belakang aku ni.
Suka-suka aku je kan nak baca CONAN depan diorang.
Aku membesar dengan cerita-cerita detektif, masa sekolah rendah aku suker baca Penyiasat Remaja yang dengan kawan-kawan dia tu. Lepas itu aku berhenti baca buku tu sebab aku TAK SANGGUP dan MALU dengan penjaga perpustakaan itu sebab aku selalu hilangkan dan tak pulangkan buku. Sampai die telefon dekat rumah suruh bayar denda yang berpuluh-puluh ringgit (macam mana nak bayar balik eh sekarang ni? sebab perpustakaan tu dah tutup) tapi still aku tak bayar sebab aku tak ada duit masa itu, dan aku merahsiakan hal ini daripada kedua orang tuaku.
Selepas itu, Abang aku beli buku Detektif Conan. Sejak dari hari itu, aku sudah mula minat Detektif Conan dan sering ternanti-nanti akan keluaran terbaru buku itu. Tetapi, disebabkan susah untuk mendapatkan keluaran terbaru, aku sudah berhenti membeli komik Detektif Conan. Memang susah hokey nak cari buku ni dekat kedai buku. Selalu yang banyak adalah episod-episod lepas dan copy cat. Aku tak suka baca buku yang dikopi itu.
Aku layan gak Penyiasat Q dengan Kindaichi tu. Tapi sebenarnya aku rasa aku STOP baca komik-komik ini lepas Abang aku tak MAMPU (MALAS) lagi nak beli komik sebab dia layan dekat mangaonline je. Dan aku pulak, masa itu tak suker baca komik Online. Lagipung, masa aku start baca Detektif Conan, aku baca versi Bahasa Malaysia. Bila, kena baca Online versi English, aku macam tak hadam sangat apa yang aku baca.
Kiranya sekarang aku dah terer lah baca versi English ni..sebab tu dah boleh layan balik.
*Orang PENAKUT macam aku ini, tetap tak berani nak membaca buku ni bila sorang-sorang,
*
Haritu masa aku makan dekat POCOBOX, aku ternampak buku Detektif Conan dekat rak buku dia, Lepas aku baca tu, terus RINDU.................................nak baca balik..
No comments:
Post a Comment
Sedapnya ayam goreng Opah masak ini. Terima Kasih Opah!