Tuesday, November 1, 2016

Cerita dan penceritaan

Kita suka bercerita pasal orang.
Kita suka bercerita pasal cerita orang.
Kita suka bercerita pasal cerita yang orang ceritakan.

Kita itu manusia. Aku manusia. Kau pung manusia.
Masing-masing ada topeng.
Masing-masing ada peranan dan fungsi.
Kau gelap. Aku cerah.
Kau tinggi. Aku rendah.

Tentang fizikal manusia kau ceritakan.

Kau baik. Aku jahat.
Kau pandai. Aku bodoh.

Tentang perangai manusia kau ceritakan

Kau tahu tak? Sekarang ini,
Gelap boleh jadi cerah.
Rendah boleh jadi tinggi.
Ubat. Makanan tambahan. Melambak lah.

Kau tahu tak? Sekarang ini,
Jahat boleh jadi baik.
Bodoh boleh jadi pandai.
Akal. Hati. Perasaan. Bila-bila masa je.

Kita sibuk bercerita pasal orang lain.
Kita sibuk bercerita pasal cerita orang lain.
“Eh betul ke?”
“Sahih ke tak?”
“Hukuman fitnah tu lebih teruk dari membunuh”


Kau tahu. Aku tahu.

I wish

Bunyi air terjun tu menenangkan.
Batu-batuan yang basah.
Pokok-pokok yang melambai.
Sejuk.
Tapi sejuk yang menenangkan.
Sekali sekala terasa percikan air terjun ke muka.
Beberapa ketika, aku menjerit semahu-mahunya.
Harimau pung terkejut.
Apa lagi binatang-binatang kecil.

“Dah lega?”
Aku mengelengkan kepala.
“Lepaskan je”
Aku mengangguk faham.

Aku menjerit.
Tapi tak ada suara yang keluar.
“Cuba lagi”
Aku mencuba.
Cuba.
Cuba.
Cuba.
Puas aku mencuba.
Tetap tak keluar.

“Lepaskan aku kata!!”
Aku menangis.
Menangis.
Dan menangis.
“Dah lega?”
Aku diam.
Aku kesat air mata aku.
Diam.
Tarik nafas sedalam-dalamnya.
Senyum.
Aku mengangguk.

Terimakasih Tuhan. Kau beri aku rezeki yang tak putus. Kau beri aku hati yang sentiasa sabar. Kau beri aku kasih sayang yang tak pernah pudar. Kau beri aku nikmat yang tak pernah kau persoalkan. Kau beri aku jiwa yang sentiasa ada. Kau beri aku semangat yang tak pernah hilang. Kau beri aku kesabaran untuk aku hadap semua maknusia dekat dunia ini. Kau buang kebencian aku pada maknusia lain.


Hidup memang kena give and take. Tapi jangan harap orang untuk memberi. Jangan sekali kali berharap. Bila kita memberi, berilah dengan ikhlas. Jiwa yang ikhlas. Hati yang ikhlas. Biar kita memberi. Jangan sekali-kali mengharap balasan. Tak salah berharap. Tapi bila kita berharap dan harapan itu tiada. Hati jadi tak ikhlas. Kebencian datang. “Elok-elok dapat pahala..”. Sebab tu orang cakap “Jangan samakan level orang tak bertamadun tu macam diri kau sendiri”.



Kan aku dah cakap jangan berharap.

Tuesday, October 18, 2016

lost

Bukak documents dalam words.
Otak melayang ke lain.
Tenung je first page tu. Ayat panjang aku nk baca.
Otak ke lain..
Sekurang-kurangnya bos aku kat belakang ni nampak aku baca something.
Selepas tersedar dari lamunan.
Baru perasan.
Deutcsh.


Sabar jelah.
You are stronger beb. Kau dah penah bangun. Kali ni pung kau boleh bangun.
You are strong.
You are strong.

Kau nak masuk dalam bilik kosong tu.
Gelap.
Kecil.
Tiada manusia.
Sunyi.

Kaki kanan melangkah.
Suram.
Kau langkah kaki kanan kau ke belakang balik.
Kau tahu kau tak boleh.
Kau tak sanggup.
Kau tak kuat.

Tolong tarik aku jauh dari bilik kosong tu.
Gelap.
Kecil.
Tiada manusia.
Sunyi.
Suram.

Tuesday, September 27, 2016

Perubahan

Aku rasa dah lama aku tak menaip dekat sini sejak aku kena tukar department.
Nak tengok Beautifulnara pung tak sempat.
Runningman apatah lagi.

Nampak sangat lah kerja sebelum ni memang KAU RELAKS je kan.

Ada Pros and Cons.
Tapi kalau mood aku baik, aku amek as postitive,
Kalau tiba-tiba hormon tak stabil, aku jadi negative,
Biasalah maknusia mana yang sempurna,
Cehhhhhh..

Sebenarnya tak ada benda pung aku nak cite, tp td aku baca post lama, aku rasa macam RINDU...
Rindu sangat nak menaip.

Macam harini, aku rasa macam MONDAY BLUES.
Sebab harini baru masuk ofis.
So aku malas nak buat kerja.
Padahal Kerja menimbun banyak.
Lepas tu, kau asyik Rindu orang yang dekat je.

Aku rindu kehidupan lamaku.

"Dulu masa tak banyak kerja bising. Dah banyak kerja pung bising gak"
-Maknusia tak sempurna

ALASAN~

Happy

Kadang-kadang kita lupa nak Gembira.
Kadang-kadang kita lupa cara nak Gembira.

Ada sesuatu yang buat dia lupa.
Gembira untuk setiap orang maksud dia besar.

Kau dah jumpa Gembira kau balik.
Kau rasa itu yang buat kau GEMBIRA.
*Senyum
*Senyum
*Patah balik.

Bukan Gembira itu yang kau cari.
Aku harap kau jumpa balik Gembira kau tu.
*Senyum



Wednesday, August 24, 2016

BEST THING

Benda paling BEST bila hujung bulan adalah bila terjumpa duit.
Masa itu baru tahu Hikmah Dhuha, Al Waqiah, Ar Rahman

Tak pernah rasa susah bila tak ada duit.
Tak pernah putus rezeki datang.
Ini serius!

Geram

Perlu ke letak gambar orang lain?

Malas den nak pikior.

Monday, August 8, 2016

Time

Kesian blog ni, nampak sangat bila aku stress baru aku cari die.
Lagi stress bila aku taip pakai iPad pastu dia asek kuar auto correct
Aku stress
Poyo je nak stress bagai, macam masalah besar sangat je

Sekarang kurang nya aku lega lah sikit bila aku cerita kat kau ye
Sekarang kurang nya aku tahu kau memang tak boleh respon pung, Aku tak harap kau respon.
Sekarang kurang nya aku tahu aku tak bercakap dengan orang.
So kau terima jelah apa yang aku nak luahkan. Ok.

Pagi ni, aku pergi opis, macam macam benda jadi.
Tapi aku tak tahu kenApa aku tak rasa pape.
Tak rasa sedih.
Tak rasa penat.
Aku seronok, macam beban tu dah pergi.

Aku tengah merangkak, dan daripada situ aku belajar untuk berjalan.
Dan pada waktu tu aku perlukan orang untuk pimpin aku.
Dan bila aku jatuh. Dia akan sambut aku.
Yang boleh pinjamkan bahu bila aku menangis.
Setiap saat aku jatuh dan menangis.
Dia tak berhenti untuk cakap benda yang sama.
Setiap saat. Setiap minit. Setiap jam. Setiap waktu.
Dia ada dekat situ.
Setiap kali mata aku mula nak berkaca, dia seka air mata tu dari jatuh.
Dia tenangkan hati aku.

Aku tak Mintak dia ada dengan aku selalu, tapi aku harap dia ada waktu aku perlukan dia.
Waktu aku jatuh.
Waktu aku lemah.
Waktu aku tarik nafas yang panjang, kawan.
Waktu aku kata aku tak perlukan kau.
Waktu aku kata aku lapar, dia belikan aku makanan yang aku nak.
:)