Aku ni memang jenis tak sabar.
Contohnye macam hari ini aku bawa bekal.
Lepas itu akan tak sabar nak makan bekal aku.
Tak kisah lah apa benda pung yang aku bawa.
Even kadang-kadang aku dah kenyang pung.
Nampak sangat diri ini memang tamak haloba, gelojoh semua.
Sebab dulu First time aku kena gastrik sebab banyak makan lah.
Masa tu, aku baru lepas makan tak silap.
Lepas itu, aku ada nampak Magi singapore ke hape ntah.
Macam kari bersantan ke hape.
Di sebabkan aku jenis tak sabar, aku buka dan makan.
Dan end up, aku muntah-muntah dan angin satu badan.
Masa tu, aku salahkan santan dalam magi tu, padahal aku tataw itu santan ke tak.
Bila pikir balik ada ke orang letak santan dalam mi segera.
Dulu, aku tataw GASTRIK tu macam mana. Dan aku tak percaya aku ada GASTRIK.
Selepas dah banyak kali asyik kena benda sama.
Baru aku percya bahawa GASTRIK tu sekarang dah sebati dengan aku.
Sampai dulu masa aku kerja Panasonic, aku benci datang kerja.
Aku akan bagi alasan GASTRIK.
Tapi memang tiap kali kalau aku bagi alasan itu, GASTRIK tu selalu datang.
Sebab aku dah taw macam mana nak buat dia datang.
Penyakit ni boleh datang bila:
1) Makan banyak
2) Jangan tidur satu malam
3) Jangan makan
4) Makan benda pedas dan masam berlebihan
5) Stress *Doktor yang cakap
Dan selalunya GASTRIK ni datang bila aku MAKAN BANYAK.
Sebab aku memang tak boleh lawan Nafsu makan aku terhadap makanan yang sedap.
No comments:
Post a Comment
Sedapnya ayam goreng Opah masak ini. Terima Kasih Opah!