Monday, June 1, 2015

Hari pertama bulan Jun

Senyapnye department aku hari ni.
Cuma aku je yang *ketap ketup ketak ketup* depan pc.
Sebab dok menaip benda ni.

Selalunya kalau senyap macam ni aku dah tahu dah diorang buat apa.
HAHAHAHAHA.
Bos aku pun sama.

Cuma aku respek dekat diorang ni, kalau kerja buat sungguh2.
Kalau time free camni pung bersungguh2 gak lah kan.

Aku perasan yang sejak aku kerja sini aku jarang berbunyi.
Berbanding FIRST JOB aku dulu.
Dulu masa aku kerja company P, asal balik kerja je ade jelah benda nak diluahkan.
Tiap tiap hari.
Dan aku akan start siaran berbayar aku dekat ayah, ika or kawan kawan aku.
Bila last last masa nak berhenti kerja tu baru aku luahkan dekat Ibu.
Aku tahu Ika memang dah naik menyampah,
Dah lah kena amek aku dari Opis die yang beribu batu.
Lepas tu kena dengar aku membebel pasal BOS aku, eh EX-BOS aku tu.

Tapi sejak aku kerja dekat company F, jaranglah aku buat sesi luahan hati.
Sekarang ni, aku kena dengar sesi luahan hati die pulak dah.
Kadang kadang tu aku dengar tapi aku dok pikir benda lain.
Kadang kadang dia cerita aku dok menyanyi sambil menari tapi aku dengar apa yang dia cerita.

Ok.Sekarang ni aku rasa macam pelik sebab aku yang asyik  * ketap ketup ketap ketup*
Mesti diorang dah tahu aku buat hape.

Oh...dah pukul 5.59pm.
Terus diorang jalan melenggang nak balik.
Btw first time diorang balik on time.
Selalu mesti balik terlebih awal.
Jarang lah balik lewat.

Seperti biasa, aku lah orang paling last tinggalkan opis ni.
Since semua orang dah balik bukan main kuat aku dok menaip.
HAHAHAHA.

Dan aku paling menyampah bila 'traffic light' suka tutup lampu dekat luar bilik aku ni.
Memang gelap habis ok.
Cuma bilik aku je yang terang benderang.

'traffic light' - Kaki gosip. Selalu kawan aku kena stop dengan dia sebab dia nak bercerita. Cerita '0'

No comments:

Post a Comment

Sedapnya ayam goreng Opah masak ini. Terima Kasih Opah!