Ayu & Marsyada kata aku boleh buat buku.
Sebab apa?
Yup. SEBAB BENDA ATAS NI YANG AKU PATUT MEREPEK SORANG-SORANG AT LEAST DALAM BLOG. Tapi aku pergi bagi dekat kawan aku sampai kesudah asyik nak membahan je kerja diorang.
Sebenarnya aku kena jawab soalan je. Tapi tiba-tiba ILHAM datang menjengah tepi tingkap.
So, aku layan je.
Aku tak suker membaca, jadi aku rasa aku tak layak nak menulis.
Kalau kau tanya ISU SEMASA dekat Malaysia ni memang aku tak tahu.
Sebab rumah aku memang jauh kat pedalaman, tade orang hantar suratkhabar.
Internet lagi lah tade. Memang wire2 kabel sume diorang tak pasang pung dekat tempat aku.
Elektrik dengan Air lagilah tak pernah merasa.
Lampu pung aku tak pernah tengok.
Nampak tak? Macam mana aku nak membaca. Nak tahu ISU-ISU SEMASA.
Pasal politik lagi aku tak amek pusing.
So jangan cerita politik dekat aku.
Bila kau cite dekat aku, aku boleh MENG-IYAKAN je.
So tak semestinya aku setuju dengan kau, dan tak semestinya aku tak setuju dengan kau.
Aku boleh senyum-senyum je.
Sebab aku tahu, boleh buat bergaduh benda ni.
SO AKU NEUTRAL. Bukan ALKALI, Bukan ASID. - Ph7
Pasal isu buang bayi.
Isu bunuh membunuh.
Samun menyamun.
Kadang-kadang aku tak sanggup baca sebab aku ni jenis PARANOID. SENSITIF.
Tiba-tiba bila baca, naluri keibuan akan datang.
Tapi satu je yang aku boleh baca.
Beautifulnara.
Nampak sangat aku ni TIPIKAL makcik-makcik yang hanya tahu gosip-gosip dunia hiburan artis sahaja.
Korang boleh panggil aku katak bawah tempurung; Harapkan pagar, pagar makan padi; Air dicincang tidak akan putus dan sebagainya.
Ada satu malam tu aku tidur lambat. Sekali tu kakak aku bagi Whatsapp pasal kejadian SAMUN dekat jalan sebelah rumah aku. So dia suruh hati2. Terus aku takut sampai tak boleh tidur. Sampai aku SET ALARM CLOCK PUKUL 3PAGI, 3 SETENGAH PAGI, 4 PAGI, 4 SETENGAH PAGI. Sebab kejadian tu berlaku pukul 3 pagi. Dan untuk makluman, tingkap bilik aku tu ak boleh nak tutup. Dan aku tidur betul2 tepi tingkap. Tapi aku tidur gak. Lepas tu aku mimpi ada orang masuk rumah aku. Pastu aku terjaga tengok jam baru pukul 1pagi. Fuhhhhh!!! Lama lagi nak pagi. Aku tertidur sampai pukul 6setengah pagi baru aku terjaga, Sampai sekarang aku STILL PARANOID. Bila aku takut aku akan bukak YASSIN. Or set alarm clock pagi2 buta tu sampai adik aku marah.
PARANOID SUNGGUH KAN AKU NI.
PARANOID2 pung berani gak dok buka langsir tengok luar tingkap.
Dah panjang sangat ni aku taip.
No comments:
Post a Comment
Sedapnya ayam goreng Opah masak ini. Terima Kasih Opah!