Tuesday, March 17, 2015

Stalker

Kau dah tahu kau dah lupakan dia bila kau berhenti atau terlupa nak STALK die kelmarin, semalam dan harini.

Thursday, March 12, 2015

mimpi

Aku taknak bermimpi.
Siang hari ke
Tengah hari ke
Petang ke
Malam ke
Sebab aku tahu mimpi ku tu datang sekejap.
Lepas itu tergolek jatuh katil.

Monday, March 9, 2015

Serius part of me? Serius lah sangat

Kadang-kadang aku rasa aku banyak sangat merepek sampai orang naik menyampah.
Yelah bukan semua orang suka dan bukan semua orang senang nak layan.
Once in a while ok lah kan.

Sebenarnya aku tade benda nak taip.
Tapi macam rasa nak taip gak.
So aku akan end up merepek dekat sini
But WHO CARES?
Tak ada orang pung yang kisah aku MEREPEK dekat sini.
Sekurang-kurangnya bila ko baca dua tiga perenggan kau boleh keluar dari kemelut masalah aku ini.

Aku tak tahu lah kenapa MAK AKU ASYIK SURUH KAHWIN CEPAT je.
Aku tahu lah dia takut aku jadi anak dara tua.
Tapi kalau dah jodoh tak sangkut lagi nak buat macam mana.
Kadang-kadang aku rasa, mak aku ingat cari laki ni macam beli ikan dekat pasar.
Macam harini dia kenalkan orang tu, esok lusa aku kahwin dengan orang itu.
Sekarang ni, laki nak pilih yang gebu2 je.

Memandangkan aku ni dah termasuk dalam kategori yang Tak Gebu, menarik, tertarik kau memang dbomb. Memang susah nak membeli ikan di pasar hokey. Jangan kata beli Ikan. Bagi Free pung belum tentu orang nak.HAHAHA.

Kalau mak aku baca mesti die marah2 aku.

Kan aku dah kata aku akan end up merepek. Aku tak suker kalau cite bab2 jodoh dekat sini, sebab aku rasa aku patut mengembirakan diri aku dekat sini. Cukuplah kalau nak meroyan dekat Blog lagi satu.



Ok. Bye

Thursday, March 5, 2015

Negeri

Pagi tadi masa OTW nak pergi kerja.

* Lagu rap Bahasa Kelantan bekumandang.

"Adik rasa lepas ni mesti ada lagu untuk Kedah plak. Hang p mana? Ceq ada kat sini. Hang buat apa? Lantak p la ........." * Sila nyanyi dengan slang Kedah bersama irama RAP.

"Aah kan. Hang taw tak...Ceq dekat sini buat ...bla bla bla"Sila nyanyi dengan slang Kedah bersama irama RAP.

* Dua2 pakat buat lirik sendiri.

Wednesday, March 4, 2015

Sejak peristiwa besar melanda hidup aku.
Aku rajin post gambar dekat Instagram.
Benda tu dah jadi Rutin pung ada.

Then, seperti yang korang taw (pembaca blog ni)
Aku memang suker bercerita dekat benda tak bernyawa.
So kalau aku upload gambar kadang2 aku tak diam.
Aku tak bersuara.
Aku tak menjerit.
Tapi aku ber-caption dekat situ.
Aku tak tahu lah kalau ada orang yang akan annoyed dengan caption aku tu.
Sampai satu masa, aku borak2 dengan sepupu2 aku.
Tiba-tiba diorang cite pasal Insta.
Dan termasuk sekali pasal Insta aku.
Benda ni sebenarnya tade la berat mane, tapi bila one of my cousin cakap
"Yelah, kadang-kadang kita suka cerita pasal life bla bla bla"
*Aku dah lupa apa yang dia cakap (sebab tu Marsyada selalu cakap skru aku slalu tercabut)
Tapi benda tu macam bagi kesan dekat aku sampai sekarang. Walaupung aku tahu dia tak kisah pung sebenarnya adn tade niat pug nak cakap.


OK.Macam kalau kau tengok FB orang lain. Lepas tu for sure kau akan menyampah kalau kawan kau, or bukan kawan kau dok update Status pasal apa yang dia buat hari-hari. Apa yang terjadi. Ala kau mesti paham punya apa yang aku nak sampaikan.

Aku rasa sekarang ni bila orang baca caption aku, mesti diorang dah gelarkan aku macam tu kan. Ala..macam tu lah.


Aku harap aku boleh Aktif balik merepek dekat blog aku ni.
Sebelum aku jadi betul-betul macam tu.
At least aku taw, yang baca blog aku ni tak kiasah pung.

Ok.bye * Princess Anna tone

M.C

Semalam aku M.C.

Jumpa Doktor.

"Assalammualaikum Doktor" * Sambil senyum (nampak sangat muka tak sakit)

"Waalaikumsalam. Ya. Kenapa?"

"Saya gastrik, Doktor. Tekak ni rasa loya2. Macam ada benda tersekat"

"Oh. Awak ada makan pedas or benda masam"

"Erm.. pedas tu adalah, bla bla bla"

*Pastu dia suruh baring dan cek perut.

"Perut awak ni angin ni"

"Oh, angin eh Doktor"

* Pastu borak borak pasal GASTRIK..... bla bla bla
*Sebelum aku keluar pintu tu dia sempat pesan.

"Jangan makan benda pedas dan masam"

"Tapi doktor kalau LOYA tu lah sedap makan benda2 masam"

*krik....krikk..
*Tiada respon dari doktor

"Eh, macam lain plak kan doktor.hehehehehe" 

"Eh soryyyyy, Awak dah kawen ke belum?"

"Blum lagi doktor.hehehehe"

*Buka pintu. Senyum2 termalu sendiri

BAKAL PENULIS CERITA KOREA

Ayu & Marsyada kata aku boleh buat buku.
Sebab apa?































Yup. SEBAB BENDA ATAS NI YANG AKU PATUT MEREPEK SORANG-SORANG AT LEAST DALAM BLOG. Tapi aku pergi bagi dekat kawan aku sampai kesudah asyik nak membahan je kerja diorang.

Sebenarnya aku kena jawab soalan je. Tapi tiba-tiba ILHAM datang menjengah tepi tingkap.
So, aku layan je.

Aku tak suker membaca, jadi aku rasa aku tak layak nak menulis.
Kalau kau tanya ISU SEMASA dekat Malaysia ni memang aku tak tahu.
Sebab rumah aku memang jauh kat pedalaman, tade orang hantar suratkhabar.
Internet lagi lah tade. Memang wire2 kabel sume diorang tak pasang pung dekat tempat aku.
Elektrik dengan Air lagilah tak pernah merasa.
Lampu pung aku tak pernah tengok.
Nampak tak? Macam mana aku nak membaca. Nak tahu ISU-ISU SEMASA.
Pasal politik lagi aku tak amek pusing.
So jangan cerita politik dekat aku.
Bila kau cite dekat aku, aku boleh MENG-IYAKAN je.
So tak semestinya aku setuju dengan kau, dan tak semestinya aku tak setuju dengan kau.
Aku boleh senyum-senyum je.
Sebab aku tahu, boleh buat bergaduh benda ni.
SO AKU NEUTRAL. Bukan ALKALI, Bukan ASID. - Ph7
Pasal isu buang bayi.
Isu bunuh membunuh.
Samun menyamun.
Kadang-kadang aku tak sanggup baca sebab aku ni jenis PARANOID. SENSITIF.
Tiba-tiba bila baca, naluri keibuan akan datang.

Tapi satu je yang aku boleh baca.
Beautifulnara.
Nampak sangat aku ni TIPIKAL makcik-makcik yang hanya tahu gosip-gosip dunia hiburan artis sahaja.

Korang boleh panggil aku katak bawah tempurung; Harapkan pagar, pagar makan padi; Air dicincang tidak akan putus dan sebagainya.


Ada satu malam tu aku tidur lambat. Sekali tu kakak aku bagi Whatsapp pasal kejadian SAMUN dekat jalan sebelah rumah aku. So dia suruh hati2. Terus aku takut sampai tak boleh tidur. Sampai aku SET ALARM CLOCK PUKUL 3PAGI, 3 SETENGAH PAGI, 4 PAGI, 4 SETENGAH PAGI. Sebab kejadian tu berlaku pukul 3 pagi. Dan untuk makluman, tingkap bilik aku tu ak boleh nak tutup. Dan aku tidur betul2 tepi tingkap. Tapi aku tidur gak. Lepas tu aku mimpi ada orang masuk rumah aku. Pastu aku terjaga tengok jam baru pukul 1pagi. Fuhhhhh!!! Lama lagi nak pagi. Aku tertidur sampai pukul 6setengah pagi baru aku terjaga, Sampai sekarang aku STILL PARANOID. Bila aku takut aku akan bukak YASSIN. Or set alarm clock pagi2 buta tu sampai adik aku marah.

PARANOID SUNGGUH KAN AKU NI.
PARANOID2 pung berani gak dok buka langsir tengok luar tingkap.

Dah panjang sangat ni aku taip.



Bakal Surirumah yang BERJAYA

Satu hari kau akan bangun dari tidur.
Lepas itu kau akan tengok hp.
Ada yang special or penting tak harini?
Whatsapp. Insta.
Kalau ada kau akan godek lama-lama.
Kalau tak ada.
Kau golek golek atas katil.
Dalam otak dok fikir
"Harini nak buat ape?"
"Nak sambung tidur ke nak bangun?"
"Malam tadi mimpi apa?"
"Malam tadi tidur pukul berapa?"

Masalah yang aku hadapi adalah bila hari Ahad.
Bila bangun tidur aku akan berfikir or tiba-tiba menjerit
"Esokkkkkkkk Kerjaaaaaa!!!!"

Aku rasa aku tak suker kerja.
Aku rasa cita-cita orang lain adalah bekerja bla bla bla.
Tapi aku rasa cita-cita aku adalah menjadi surirumah yang BERJAYA!!
HAHAHAHAHAHA.

Itu pung kalau dapat laki yang kaya.




Bila borak dengan BFF, imaginasi tu mesti melampau.
Berangan bukan main.
Sampai orang lain boleh percaya.

Sebenarnya aku bukan lah MATERIALISTIK sangat.
Memang tiap-tiap kali orang tanya
Mesti aku akan cakap "Doakan lah kita dapat lelaki KAYA"
(Cakap kadang tanpa niat je sebab asyik tanya benda sama je)
Then sesetengah reaction diorang mesti berbeda-beda.

Tapi sebenarnya bila betul2 ada orang yang macam tu, aku yang TAKUT sebab aku taw aku tak layak untuk orang macam tu. HAHAHAHA. Rasa macam DRAMA sangat.

Mulut kata lain hati kata lain.