Semalam gua rasa macam nak bunuh orang.
Sebab terlampau tensen.
Tu lah masalah gua, sikit2 nak bunuh orang.
Tapi tade lah sampai nak membunuh.
Hanya imaginasi yang tak berimaginasi.
Abaikan.
Cakap pasal bunuh membunuh ni.
Gua teringat pasal sorang kawan gua dekat sini.
Berbanding dengan kawan-kawan gua yang melayu di sini.
Dia ni agak sosial gak lah tapi dia ade tiga prinsip.
First, dia tak minum. Sebab die kata once kita minum benda tu dah sebati dengan kita dan boleh sebati dengan darah n daging kite.
Second, no sex. Gua tak ingat dia bagi alasan ape. Sebab gua kan cepat lupa.
Third, dia tak bunuh orang. Gua tak tahu kenapa benda ni ada dalam prinsip dia.hahaha
Walaupung dia agak sosial dan berkawan dengan orang-orang yang sangat sosial, tapi dia sangat baik sebab boleh terima sesiapa untuk berkawan dengan dia. Asalkan orang itu tak tikam die dari belakang lah kan.
Selama empat tahun, gua duduk dekat sini dengan majority student dan komuniti adalah Chinese memang sebagai Islam dan Melayu kita kena kuat. Serius wei. Macam ibarat kau duduk negara China yang yang yang... Memandangkan gua ni dah biasa duduk dengan komuniti Melayu dan berbilang bangsa yang sekurang-kurangnya Cina atau India tahu berbahasa Melayu dan berbahasa omputih, gua agak tension gak.
Tapi tak sangka gua boleh menghadapinya. Dah empat tahun wei! Alhamdulillah.
Seperti yang gua bagitahu tadi, sebagai seorang MUSLIM dan MALAY, suasana dekat sini memang mencabar untuk gua. Asas tu kena kuat. Solat kena jaga. Makan kena jaga. Aurat kena jaga. Kebanyakan kawan yang non-muslim dekat sini especially Chinese yang memang daripada Sekolah Jenis diorang tak akan paham kenapa kita solat, tutup aurat, itu, ini. Sebab diorang tak ada kawan melayu dan nak cakap melayu pung tunggang terbalik.
Dan semestinya diorang akan pelik kenapa budak tu pakai tudung on off, dan tak pasal-pasal yang kena tempias adalah saya dan agama saya sendiri. Sebab ada je yang datang dengan bertudung litup dan beberapa bulan kemudian tudung pung terbang. (Tapi gua tak nafikan yang dekat mana-mana pung benda ni berlaku even dekat IPTA yang ramai melayu pung)
Sebab itu gua jarang join aktiviti-aktiviti yang diorang buat sebab gua tak rasa diorang akan pertimbangkan pasal waktu solat or makan. Bagi sesetengah orang benda tu memang leceh sangat.
Makan
Dan lagi satu, diorang cakap je cafe dekat sini semuanye HALALs ebab dekat sini boleh jual halal foods je tapi kalau cafe tu kepunyaan non-muslim, tukang masak non-muslim dan ayam adalah ayam yang tidak disembelih dan tiba-tiba ada jual PORK. halal ke? ( Gua pernah je makan kt tempat tu sebab ada pekerja melayu).
Diaorang sendiri tak faham konsep HALAL tu macam mana. Yang diorang ingat HARAM tu adalah PORK dan HALAL tu tade pork. Mereka tak taw yang kita kena makan makanan yang disembelih, dan sumber tu sendiri adalah HALAL. Dekat dalam kampus ni, kalau daripada 5, ade satu je kedai melayu. Itupung sedap tak sedap bedal jelah kan.
Tapi tak boleh nak salahkan diorang sebab diorang sendiri tak tahu dan taknak amek tahu. Dan diorang anggap LECEH sangat nak memenuhi permintaan 10 orang daripada beribu-ribu. So kita lah kena cari inisiatif untuk cari kedai MELAYU di luar yang tak ada pung kecuali kedai MAMAK dan memerlukan kenderaan untuk pergi ke kedai melayu yang agak jauh daripada tempat tinggal. Kedai melayu yang dekat2 akan buka malam2 je.
Rumah
Sekarang ini gua dan housemate gua tengah sibuk nak cari rumah or bilik sebab sewa bakal dinaikkan. Dan kitaorang ada jumpe bilik yang pasti kitaorang kena duduk dengan budak lelaki. Kalau ikutkan sewa yang murah dan hanya itu je pilihan mungkin gua akan amek tapi Ayah kata kalau dapat cari yang lebih baik lagi bagus. Masa dah suntuk dan gua boleh buat solat istikharah je. Mintak yang terbaik daripada Allah.
Gua rasa boleh je cari rumah yang tak campur tapi sewa memang berganda. Memandangkan income pung dah semakin berkurang memang pilihan pung tak banyak.
Dekat sini banyak je rumah campur. Maksud gua lelaki dengan perempuan satu rumah. Tapi diorang dah biasa dan pergaulan diorang memang luar biasa. Dan dekat sini memang BEBAS sangat pergaulan sebab tu kadang-kadang korang akan nampak dekat toong sampah tiba-tiba ada kondom ke hape. Dan kedai-kedai dekat sini memang banyak jual kondom dan pregnancy test dan gua rasa memang boleh laku. Dan pakwemakwe duduk satu bilik pung memang tak ade orang amek peduli samada korang melayu, cina dan india.
Jadi gua rasa bila kita duduk sini, kita pung dah jadi bangsa yang tak amek peduli.
Ke gua sorang je.
Tapi gua tak cakap lah semua.
Cuma segelintir saja.
*huargghhhh. Bosan betul!