Monday, April 15, 2013

nephews and nieces

Ada satu masa Kak Long telefon, cerita pasal Rayyan siddiq.

"Kau tahu, Rayyan sekarang asyik jadi imam je dekat sekolah. Pastu haritu ada satu hari cikgu dia suruh orang lain jadi imam. Balik sekolah muka dia macam sedih. Dia cakap " Mummy, harini kawan abang jadi imam. Cikgu suruh dia jadi imam."

Kak Long cakap dekat dia "Tak apa. Bagilah orang lain jadi imam. Gilir-gillir pulak eh"

"Pastu selama ini dekat sekolah kan diorang solat zuhur dengan asar 4 rakaat. Malam tadi dia nak solat maghrib. Tahu plak tu maghrib 3 rakaat. Masa rakaat ketiga tahu plak tu tahiyat akhir padahal masa dekat sekolah kan solat 4 rakaat je kan, min."

Seronok dengar Kak Long cerita.
Sejuk je hati.

Mudah-mudahan Muhammad Rayyan Siddiq, Muhammad Amsyar Siddiq, Ahmad Rizqy Syah, Ahmad Rifqy Syah, Ahmad Fikri Syah jadi anak yang SOLEH dan
Nur Khayrin Aira dan Puteri Dhia Alisya jadi anak yang SOLEHAH.
Rindunya dekat anak-anak buah semua. Tak sabar nak balik. Nak gigit2 pipi.
Kalau buat dekat Rayyan mahunya kena pelempang maut dia dulu.

Rizqy: Bonda, kan abang dah jadi anak yang soleh. Bonda tak payah lah pergi Mekah.

Teringat masa pergi Cameron Highlands, Ika cerita,
"Kau tahu tadi adik tengah tahiyat akhir. Kakak dok baca " Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin....KUAT-KUAT plak tu. Adik nak baca tahiyat akhir pung jadi tak khusyuk dok asyik attahiyatul..attahiyatul"


RINDUNYAAAAAAAA


Muhammad Rayyan Siddiq
Ahmad Rizqy Syah

2010







2009






Muhammad Amsyar Siddiq

Rayyan, Rifqy n Rizqy



kakak n abang long 






PAINTING TIME!!!










3 abdul (Rizqy, Rifqy n Fikri)


3 Beradik (Abang boy, kakak n buah hati)
Ahmad Fikri Syah


Ahmad Rifqy Syah






Belum ada anak, rindu anak buah jelah.
Daripada kawan-kawan gua, belum ada anak buah.
Rindu kucing jelah.

Saturday, April 6, 2013

Im A+ STUDENT.

 A+  lah sangatsss.
Tadi gua google2 lah DIET MENGIKUT JENIS DARAH.
Mengikut jenis darah gua, gua kena jadi VEGE.
OMG!
Dan seafood. No! No!
Tapi gua boleh makan ayam.
Dan apa yang gua suker makan semua terletak di kolum IDAK DIBENARKAN.
Contohnya: susu,kacang merah, ubi kentang, terung, mushroom, tomato.
Ada aku kisah!
Memang gua kisah.
Sedang gua men-google2.
Terjumpalah benda yang gua rasa cute ni.
Personaliti mengikut DARAH.
DARAH ok. Bukan DARA.
Abaikan.





Yang the first situation and second tu memang betul.
Tapi tang third situation tu gua tak rasa betul sebab gua ini bukannya baik sangat.
Ok. Mungkin ada masa gua terlampau baik.
Dan bila angin JAHAT gua datang. MUAHAHAHAHA *evil laugh.




 Mengikut kajian, diorang kata darah A ini adalah PERFECTIONIST dan seperti yang kawan-kawan gua tahu. Gua bukan seperti itu. CUMA- bila time nak pergi holiday or pergi mana-mana gua memang over. Kalau boleh semua benda gua nak bawa. Kalau cuti sehari packing macam setahun. Semua benda pung penting. Itu belum time nak keluar jalan-jalan. Dalam beg semua ade. Kalau boleh nak bawa abg polis sekali.

Kajian lain juga ada mengatakan yang kami tak boleh STRESS. HA! Tang ni memang gua setuju. Sebab bila STRESS jangan kata diri sendiri,rumah anak, bini, laki, kucing, anjing jiran, semua pung tak terurus. Jalan mundar-mandir. Makan ikut nafsu. Menyanyi tak tentu hala. Macam-macam watak boleh terkeluaq. Watak inspektor. Watak kartun. Watak pemain bola sepak. AC Mizal. Zizan RL. Dan Adele. Bila STRESS lah berat badan naik mendadak. jerawat merata2. Rambut jadi Afro. Hingus tak berlap. OVER betui! nampak sangat tade inisiatif untuk bertindak. Tapi terpulang kepada situasi.

More http://vendyxiao.com/blood-type-personality-comic-part-1/

Nak kena buat format APA ke?



Wednesday, April 3, 2013

Semua tentang kita


Keep on playing this song.
My FAV song.
Ariel sungguh hensem.
Miss our relationship.
Tapi itu semua dolu *gaya ibu mertuaku.

Ok. sebenarnya gua tak rindu sape2 pung.
Gua saje melayan perasaan nak buat draft tuk FYP.
Esok kena hantar tapi tak buat apa lagi.
Sekarang si kaki tido ni dah mengantuk.

Tuesday, April 2, 2013

student life #1

Semalam gua rasa macam nak bunuh orang.
Sebab terlampau tensen.
Tu lah masalah gua, sikit2 nak bunuh orang.
Tapi tade lah sampai nak membunuh.
Hanya imaginasi yang tak berimaginasi.
Abaikan.

Cakap pasal bunuh membunuh ni.
Gua teringat pasal sorang kawan gua dekat sini.
Berbanding dengan kawan-kawan gua yang melayu di sini.
Dia ni agak sosial gak lah tapi dia ade tiga prinsip.

First, dia tak minum. Sebab die kata once kita minum benda tu dah sebati dengan kita dan boleh sebati dengan darah n daging kite.

Second, no sex. Gua tak ingat dia bagi alasan ape. Sebab gua kan cepat lupa.

Third, dia tak bunuh orang. Gua tak tahu kenapa benda ni ada dalam prinsip dia.hahaha

Walaupung dia agak sosial dan berkawan dengan orang-orang yang sangat sosial, tapi dia sangat baik sebab boleh terima sesiapa untuk berkawan dengan dia. Asalkan orang itu tak tikam die dari belakang lah kan.

Selama empat tahun, gua duduk dekat sini dengan majority student dan komuniti adalah Chinese memang sebagai Islam dan Melayu kita kena kuat. Serius wei. Macam ibarat kau duduk negara China yang yang yang... Memandangkan gua ni dah biasa duduk dengan komuniti Melayu dan berbilang bangsa yang sekurang-kurangnya Cina atau India tahu berbahasa Melayu dan berbahasa omputih, gua agak tension gak.

Tapi tak sangka gua boleh menghadapinya. Dah empat tahun wei! Alhamdulillah.

Seperti yang gua bagitahu tadi, sebagai seorang MUSLIM dan MALAY, suasana dekat sini memang mencabar untuk gua. Asas tu kena kuat. Solat kena jaga. Makan kena jaga. Aurat kena jaga. Kebanyakan kawan yang non-muslim dekat sini especially Chinese yang memang daripada Sekolah Jenis diorang tak akan paham kenapa kita solat, tutup aurat, itu, ini. Sebab diorang tak ada kawan melayu dan nak cakap melayu pung tunggang terbalik.

Dan semestinya diorang akan pelik kenapa budak tu pakai tudung on off, dan tak pasal-pasal yang kena tempias adalah saya dan agama saya sendiri. Sebab ada je yang datang dengan bertudung litup dan beberapa bulan kemudian tudung pung terbang. (Tapi gua tak nafikan yang dekat mana-mana pung benda ni berlaku even dekat IPTA yang ramai melayu pung)

Sebab itu gua jarang join aktiviti-aktiviti yang diorang buat sebab gua tak rasa diorang akan pertimbangkan pasal waktu solat or makan. Bagi sesetengah orang benda tu memang leceh sangat.

Makan
Dan lagi satu, diorang cakap je cafe dekat sini semuanye HALALs ebab dekat sini boleh jual halal foods je tapi kalau cafe tu kepunyaan non-muslim, tukang masak non-muslim dan ayam adalah ayam yang tidak disembelih dan tiba-tiba ada jual PORK. halal ke? ( Gua pernah je makan kt tempat tu sebab ada pekerja  melayu).

Diaorang sendiri tak faham konsep HALAL tu macam mana. Yang diorang ingat HARAM tu adalah PORK dan HALAL tu tade pork. Mereka tak taw yang kita kena makan makanan yang disembelih, dan sumber tu sendiri adalah HALAL. Dekat dalam kampus ni, kalau daripada 5, ade satu je kedai melayu. Itupung sedap tak sedap bedal jelah kan.

Tapi tak boleh nak salahkan diorang sebab diorang sendiri tak tahu dan taknak amek tahu. Dan diorang anggap LECEH sangat nak memenuhi permintaan 10 orang daripada beribu-ribu. So kita lah kena cari inisiatif untuk cari kedai MELAYU di luar yang tak ada pung kecuali kedai MAMAK dan memerlukan kenderaan untuk pergi ke kedai melayu yang agak jauh daripada tempat tinggal. Kedai melayu yang dekat2 akan buka malam2 je.

Rumah
Sekarang ini gua dan housemate gua tengah sibuk nak cari rumah or bilik sebab sewa bakal dinaikkan. Dan kitaorang ada jumpe bilik yang pasti kitaorang kena duduk dengan budak lelaki. Kalau ikutkan sewa yang murah dan hanya itu je pilihan mungkin gua akan amek tapi Ayah kata kalau dapat cari yang lebih baik lagi bagus. Masa dah suntuk dan gua boleh buat solat istikharah je. Mintak yang terbaik daripada Allah.

Gua rasa boleh je cari rumah yang tak campur tapi sewa memang berganda. Memandangkan income pung dah semakin berkurang memang pilihan pung tak banyak.

Dekat sini banyak je rumah campur. Maksud gua lelaki dengan perempuan satu rumah. Tapi diorang dah biasa dan pergaulan diorang memang luar biasa. Dan dekat sini memang BEBAS sangat pergaulan sebab tu kadang-kadang korang akan nampak dekat toong sampah tiba-tiba ada kondom ke hape. Dan kedai-kedai dekat sini memang banyak jual kondom dan pregnancy test dan gua rasa memang boleh laku. Dan pakwemakwe duduk satu bilik pung memang tak ade orang amek peduli samada korang melayu, cina dan india.

Jadi gua rasa bila kita duduk sini, kita pung dah jadi bangsa yang tak amek peduli.
Ke gua sorang je.
Tapi gua tak cakap lah semua.
Cuma segelintir saja.

*huargghhhh. Bosan betul!






Monday, April 1, 2013

i'm waiting and at the end....

Gua benci cakap sorang-sorang.
Benci sangat.
HAHAHA.


coollllllllllll

Tadi gua tengok 5 RENCAH 5 RASA.
Cool giler.
Semua benda pung dia boleh baling2.
Yang tak boeh blah tu dia boleh dok rasa makanan then dia baling sudu tu.
Gua duk gelak sorang-sorang.

Then bila pkir balik.
Macam tu lah gua dekat dapur.
Dah nama pung ganas

Saturday, March 30, 2013

Housemate #2


M bercerita pasal kawan lelaki dia masa study dekat ...

"Apalagi kenalkan lah dengan yasmin"

"Tanak lah i"

M sambung lagi, "Tapi dia ni sensitif, orang ingat lagi dia nangis bla bla"

"Seswai lah dengan yasmin, dia kan ganass. Sorang sensitif, sorang ganas"

"Korang tengok je i ganas, tapi.."

M sambung lagi, "Tulah, die pung suker nyanyi. Ha! die pung asyik cerita pasal anak buah dia..nama anak buah dia sama dengan anak buah yasmin.."

Tiba-tiba dok kuarkan lah pasal persamaan gua dengan budak tu.

"Tak payah lah wei."

"Yela, yasmin kan nak tunggu orang lain"

Bila dah berhenti cite pasal budak tu dan masing-masing pung sambung buat kerja masing-masing. Tak lama tu.

M bersuara "Ha! baru orang ingat! die pung suker berlakon."

Aiseh man *facepalm
Perlu ke ciri-ciri tersebut.
Bila teringat mesti nak tergelak.
Nama pung housemate, baik buruk diorang nampak dulu.


Friday, March 29, 2013

bertahan..tahan (bukan tahan kentut)

Gua tengah HOMESICK sekarang ini.
Rasa nak nangis tiba-tiba.

Ya Allah, bagi lah aku kekuatan.
Tinggal lagi setengah tahun je dekat sini.
Makin dekat masa itu, makin berkobar-kobar perangai HOMESICK tu.
Oh, ayat apakah?

Gua rindu rumah.
Rindu Ayah, Ibu, Anak2 buah aunty min.
Adik beradik yang lain.
Gua nak INTERN balik.
Nak duduk dekat rumah.

Gua rindu kawan2 gua.
Kawan yang ber-intern.
Kawan bergelak tawa, hilai mengilai.

Dan

Gua rindu dia.
Sangatsss k.
Ok.geli.

Bye.

Thursday, March 28, 2013

emo

Kalau kita rindu dekat seseorang,
Tapi kita taw die bukan untuk kita dan bla bla bla.

Gua tataw nak buat apa dah.
Sekarang ini gua rasa nak makan eskrem banyak-banyak.
Tapi tade duit nak beli.
Aiseh man!

housemate #1

Dulu masa pindah duduk ramai2.
Ayah tanya, "Boleh ke duduk ramai2..bla..bla..bla"
Ayah cakap perempuan ini bukan boleh duduk satu rumah, dulu penah ade kes gaduh2.
Then ada yang duduk satu rumah tapi dapur asing2.
Maknanya setiap bilik ada dapur masing2 kot.
Perempuan, kalau sekali gaduh mahunye lenyap riwayat hidup sang naga.
Itu pung bergantung dari segi sikap masing2.

Gua rasa sejak gua duduk ramai-ramai ini lah,
Mulut gua agak BINASA.
Mana taknya, banyak ragam betul.
Jangan kata perempuan.
Lelaki pung sama.

Ada yang sensitif (siap lari2 rumah bagai)
Ada yang annoying.
Ada yang selfish.
Ada yang cerewet.
Dan sebagainya.

(Gua tak kisah kalau housemate gua baca apa yang gua tulis ni. So far gua taw diorg tataw gua ade blog)

Jadi bila kita or gua yang dulu pernah berperangai seperti semua, perangai itu makin lama makin berkurang sebab kite ade kawan yang boleh OVERSHADOW kite punye perangai tu.

Kalau tak paham. Abaikan.

Kalau dulu gua jenis yang akan DIAM bila MARAH.
Sekarang ini gua boleh MENGAMUK bila MARAH.
Tapi mengamuk takat mana jelah.
Paling2 tak layan orang itu.
haha. Bajet MENGAMUK lah sangat.
Tak pung gua akan straight forward je.
Sebab kita ni pung ade LIMIT.
Kalau A di menyampahi oleh semua orang,
Tapi semua orang tak berani nak bagitahu A apa masalah A ni.
Salah seorang or dua orang kena bertindak.
Kadang-kadang kita akan menyebabkan A membenci kita.
Tapi biarlah, ADA AKU KISAH!

Sebenanrnya, tak semua benda kita boleh TEMBAK.
Ada je yang kita terpaksa simpan dan hembus dekat orang lain.
Konon taknak aibkan orang itu.


Gua tataw apa yang gua merepek ini.
Dan mungkin sebab itu, gua tak kisah kalau ada orang mengumpat gua daripada belakang.
Sebab kalau betul, gua terima je.
Tapi kalau berbaur fitnah.
Itu antara kau dengan Allah.


Tuesday, March 26, 2013

budak bertuah-Ahmad Rifqy Syah











Kalau layan budak sorang ini memang tak pernah habis.
Sangat PERAMAH (ikut moood)
Semua orang suker bergaduh dengan dia ni.
Setiap orang yang tido dekat rumah.
Suker sangat dok menyelit (duduk kat tengah2)
Walaupung tempat kecik nak mampos.

"Encik, encik nak makan ape encik?"
"Encik boleh tak saya main game Encik?" *sambil buat muke comel
Memang bertuah.
Kalau layan die, sampai pukul 4, 5 pagi pung tape

Saturday, March 23, 2013

Add oil!

(Gua tataw kenapa diorang suker guna ayat atas. -Direct translation)

Semester ini gua banyak buat report pasal Oil & Gas company.
Padahal gua tak pilih pung.
Mungkin kah ini adalah peluang.
Cewahhh..

Gua tak paham lah pasal stock-share price.
Dulu masa intern gua pernah kena update price2 ini.
Masa first day tu memang GABRA nak mampus.
Sebab gua memang tak paham benda-benda tu semua.
Tapi nasib baik lah kerja gua takat copy and paste.
Lega lah sikit.
Jadi sampai kesudah la aku tak paham.
Sem ini nekad nak pahamkan.
Jia you! Add oil!

Bila gua pikir balik pasal intern-ship.
Gua rasa RALAT sangatss.
Sebab gua tak amek peluang tu betul-betul untuk belajar benda baru.
Gua kan pemikiran RED OCEAN.
Bukannya BLUE OCEAN.
Maknanya otak gua tak BLUE.
Abaikan.

Sepatutnya gua paksa bos gua untuk bagi tugasan yang BERAT.
Ini tak.
Bila bos suruh call VENDOR or sape2.
Gua pass kat supervisoor gua.
Sebab gua tak berani cakap telefon dengan diorang.
Gua takut grammar gua berterabuq.
Dan sebagai supervisor yang baik.
Dia relakan.
Bagus!
Dan yang paling best, bos gua tak pernah marah gua.
Bila gua buat silap, dia akan cakap "Nevermind, its not your fault. They should check it for u"

Tapi benda itu sebenarnya tak bagus untuk kesihatan dan masa depan gua.
Gua jeles dengan Amorn sebab dapat peluang macam itu.
Jadi bila kena marah pung boleh get ready untuk masa depan.
Apakah?

Sebenarnya masa intern gua banyak buat kerja separuh jalan..
Gua mengaku yang gua ni bukan PERFECTIONIST.
Sebab bila buat kerja , mesti ada yang slack.
Dan tugas supervisor gua adalah untuk membaikinya.
Tanpa marah-marah.
Sebab itu kerja gua cepat habes.
Dan gua akan dipuji sebab diorang kata gua EFEKTIF.
Sebab gua selalu abes kerja cepat dan akan tanya sorang-sorang ada kerja untuk gua tak.
Sampai diorang MENYAMPAH sangatsss.
Padahal kerja yang diorang bagi tu memang SENANG GILER

Oleh itu, gua tak suker bila buat group assignment, gua kena edit and combine.
Gua memang TAK SUKER buat kerja itu.

Macam mana gua nak buka company sendiri?
Nak manage company sendiri?
Sebab itu AYAH kena jadi personal advisor gua
Dan samada gua akan dengar nasihat Ayah or GADUH dengan Ayah.







Thursday, March 21, 2013

cari kawan

Awak.
Awak ini macam biskut.
Kejap ada Kejap takde.
Tapi saya nak bagitahu yang saya TENSEN.
Sebab, saya sangat suker makan biskut.
Dan biskut-biskut di rumah yang di belikan untuk anak-anak buah saya.
Saya yang akan makan dan mungkin saya yang habiskan.
Dan pastikan awak bukan biskut tu.
Kalau tak saya masuk mulut.
Kunyah-kunyah.
Telan.
Senyum *ada coklat chip kat gigi.
Walaupung hati saya bukan dekat awak.

Sebab hati saya dekat orang lain.
Saya akan tunggu orang itu sampai masanya.
Dan bila masa itu muncul, kalau orang itu tak timbul-timbul gak.
Kita upah penyiasat persendirian.
Bukan kita.
Saya sorang.
Kita BUNUH dia.
Sebab saya tahu sebenarnya saya menunggu benda yang tak pasti.

Tapi gua memang tak boleh tahan kalau tiap-tiap hari pung macam ini. Menyampah giler u olls.
Ikan pung boleh mati ma.


R.I.P



Salah seorang kawan yang boleh layan GILA gua. Sedang ber-internship. Kawan yang banyak membantu kawan-kawan die yang lain. Walaupung dia tahu dia akan berdepan dengan masalah. Tak banyak kerenah. Banyak persamaan. Antara orang yang boleh memahami gua. Sebab gua ni pung kadang-kadang macam bom jangka. Sebenarnya bila kita selalu bersama dengan orang itu, macam makan, tido, berjalan, mandi, beyak. Okey itu melampau. Ikatan tu macam lebih erat macam di mana ada cacing di situ ada ayam. Di mana ada kambing, di situ ada bau kambing. Sebenarnya, gua rindu orang yang tengah ber-internship ni ha.

First time, i buat karangan untuk u taw. haha. I tataw final exam nanti siapa nak layan i punye GILA time exam. Nak main talk-show. Berlakon macam gerak khas. Gangnam style. Video. Gambar. Berangan sebelum tidur. Berimaginasi bersama-sama. Dan sebagainya.

Btw, memandangkan minggu ini gua banyak test. Housemate gua semua kata (padahal dua orang je).

"Yasmin kalau time exam lain."
"Lain? Lain macam mana?" *muka berkerut
"Senyap je. Pastu serius sangat"

"Yasmin kalau exam menakutkan wei. Serius giler."

Gua tataw plak yang gua boleh jadi se-serius tu. Agak mengejutkan.Sebab mungkin gua je yang tak perasan. "How come? Its unbelievable!"(dialog Ika waktu dia kena berlakon. Padahal dialog satu je. Tapi practice nauzubillah). Serius gua tak perasan. Sebab gua selalu study LAST MINUTE. Tak kan gua nak menari-nari lagi bila test gua tu tinggal lagi beberapa jam sebelum kejadian.

Indahnya hidup di rumah sendiri. Bertahun rasanya tak jumpa tilam yang hempuk.

Thursday, March 14, 2013

lukisan AMORN


Kisah gua dan housemate gua.
Credit to Amornrad.
Sooorrryyy! i curi dekat album fb u.

Saturday, March 9, 2013

gen Y

Sejak ade smartphone ini, hidup gua ibarat layang-layang putus talinya.
Tak ada kena mengena dengan peribahasa tu.

Oleh itu, gua nak cuba hidup tanpa hp.
Mari doakan bersama-sama
Supaya gua dapat menjalani hidup yang lebih sempurna

*ANGKAT KENING

Bila kite dalam keadaan terdesak.
Kita akan jadi pandai tiba-tiba.
Macam GUA

Tuesday, March 5, 2013

1 out of 7

Di kalangan kawan-kawan gua.
Tak kisah lah sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, form 6, degree,
Kawan-kawan baik gua semua RAJIN pergi sekolah.
Gua je yang MALAS pergi sekolah.

Sampai bila bercerita dekat kawan-kawan gua pasal gua tak suker pergi sekolah,
" Jadi memang dari dulu lah u MALAS pergi sekolah?"

Sunday, March 3, 2013

satu dalam 8

Di kalangan adik beradik gua.
Gua yang paling MALAS.
Semua pung MALAS.
Diorang masak, gua makan.
Selalu jadi tukang hidang.
Sebab gua suker menghias.

Tapi bila habis makan, MALAS nak kemas meja.
Sekian

Friday, March 1, 2013

satu dalam 10

Di kalangan kawan-kawan gua.
Gua adalah yang paling MALAS BELAJAR.
Sejak dari bangku sekolah lagi.
Serius.

Sebab itu, result2 diorang GEMPAK.
Result gua GEGAK GEMPITA.
Mungkin gua ditakdirkan untuk  TIDO je kot.