Tataw nak cakap ape
Tuesday, February 14, 2012
Friday, February 10, 2012
Jangan baca.18sg
Bangun
Tido
Bangun
Tido
Bangun
Mata berhenti pejam
Otak berhenti berfikir
Telinga berhenti mendengar
Mulut berhenti bercakap
Hidung berhenti menghidu
Mati
Hidup Semula.
Conan bangun dari kerusi. Mematikan penulisan beliau sebentar tadi.
" Mana Heiji tak balik-balik lagi"
Tiba-tiba telefon berdering. Conan angkat.
"Wei, Heiji kau kat mana ha. Kata nak balik. Aku tak sanggup nak tunggu lagi. Biarlah derita ini aku tanggung sendiri. ngkau bukannye mengerti"
"Nanti aku balik lah, bapak aku ini tengah mengait buah nak suruh aku bawa balik"
"Biasa la tu bro. Kau pung jarang-jarang balik Osaka. Balik pung sebab kau rindu ayam itik kau tu"
Tuuut..tuuut..tuuut..Talian dimatikan.
Tiba-tiba lampu terpadam.
Bekalan elektrik terputus.
Conan ketakutan tapi bajet berani.
Berjalan ke kotak fius tu ha.
Dia nampak satu cahaya lilin.
Muka Conan pucat.
Dia nampak muka itu.
Dia cam orang itu.
"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Shinichi Ahmad aka Conan. Allah selamatkan kamu. Apa lagi bro, tiup la lilin ni"
"Engkau rupanya Heiji aku ingatkan sapa tadi."
"Mesti kau tak sangka kan. Aku pung tak sangka lepas accident dekat tembok China tadi aku boleh ada dekat sini."
Letrik dah ade dah.
Tv terpasang.
"Siaran berita Dasyat. Sebentar tadi negara China telah digemparkan dengan pelanggaran Dasyat jeep buruk di Tembok Besar China. Mangsa Heiji Hashim telah disahkan mati ditempat kejadian."
Musuh
"Mati kau! Mati kau! ha! Baru lega hati aku!datang tak bagi salam. Pantang betul"
Tamtlah riwayat musuh gua. Sang lipas
Tamtlah riwayat musuh gua. Sang lipas
Thursday, February 9, 2012
pelupa
Kadang-kadang aku patut bersyukur aku ade sikap pelupa.
Sebab selalu kalau sesuatu berlaku, aku jadi senang lupa.
Sekarang pung aku dah lupa.
Aku lupa semua.
Dan aku memang nak lupakan.
Sekarang aku lupa sape nama aku
Tuesday, February 7, 2012
Dengan Ulam
Hari ini Heiji kena balik Osaka.
Sebab bapak dia suruh bagi ayam-ayam dan itik-itik dia makan.
Nasib baik ada jeep lama peninggalan Datuk Conan.
Masa otw drive dah sampai Kota Tamil Nadu tu,
Ada orang tahan kereta dia.
Heiji berhenti.
" Abang, boleh tumpang tak?kesian anak yang saya gendong ini."
"Naik la cepat, cuaca pung tak menentu ini"
" Terima Kasih, abang" sambil naik dalam kereta.
Dalam kereta Heiji pung berborak-borak dengan perempuan itu.
"Kenapa jalan sorang-sorang tadi? Mana laki ang?"
" Teman merajuk dengan laki dan keluarga mentua teman"
"Asal pulaq?"
"Sejak dia bawa perempuan itu datang rumah. Hidup teman tak tenteram."
"Asal pulaq?"
" Wa tak suker la pompuan itu. Bajet ada talkshow dengan siaran tv sendiri je. Keluarga mentua wa pung satu. Sejak ada baby ini.....berhenti kat sini"
Heiji pung memberhentikan kereta dia. Tiba-tiba perempuan itu turun, meninggalkan anak beliau dalam kereta Heiji. Belum sempat Heiji nak marah-marah, perempuan itu hilang.
"Mana pulak die pergi ini. Eh ada surat beranak. Nama bapa Abishek Belacan. Nama ibu Aishwarya Hai. Nama datuk Amitabh Belacan. Nama anak ini Sambal Belacan. Ini ahli keluarga Belacan."
Masa sedap-sedap tengok surat beranak itu, bila dia toleh dekat anak yang perempuan itu tinggalkan...
"Sambal Belacan??"
Heiji jadi pelik dan hairan.
Tiba-tiba muncul bidadari dari mana ntah.
"Wahai anakku, kerana sikap murah hati kamu, aku anugerahkan SAMBAL BELACAN ini sebagai pingat kebesaran dari Negara aku"
Bidadari itu hilang.
Selang beberapa jam kemudian. Di Osaka.
"Bapak! Bapak! anaknda dah pulang bawa sambal belacan. Souvenir dari Malaysia"
The END
Friday, February 3, 2012
Jeritan Manusia
Hari ini Conan bangun pagi-pagi untuk solat subuh macam biasa.
Baru masuk salam kedua dia dengar ada orang jerit.
Kuat.
Mengalahkan tarzan panggil kawan-kawan dia.
"Apa kes pulak la harini"
Dengan penuh sopan santun gaya abg Zizan berjalan, Conan mengintai jendela dari kamarnya.
"Aik, tak ada papa pung. Senyap je.Dah la gelap. Bayangan aku je kot"
Cepat-cepat dia pergi dari jendela itu.
Kali ini, bunyi tu makin kuat. Dia terkejut. Terus lompat atas katil. Sambil peluk kawan baik die Heiji.
Heiji terjaga.
"Kau ni pehal bro?"
"Kau dengar tak bunyi tadi?"
"Bunyi ape?"
"Sapa yang datang kat rumah?"
"Rumah sape?"
"Ini rumah kita kan?"
"Bila masa pulak ni rumah kita?"
"Ini rumah siapa?"
"Kenapa kau tanya?"
"Kenapa kau ada kat sini?"
"Kenapa kau peluk aku?"
Tiba-tiba diorang ni main game " Soal menyoal" macam dalam SPONTAN itu.
Last-last Conan menang dengan markah 5.213 mengalahkan Heiji 18.
Dapatlah Conan piala Din Beramboi.
Tapi penganjur ambil balik untuk episod seterusnya.
Tak guna pung menang.
Kalau dapat horlick suam secawan seronok jugak.
Subscribe to:
Posts (Atom)